Saturday, November 24, 2018

PERIBAHASA (Maksud dan Contoh Ayat)


PENGENALAN KEPADA PERIBAHASA


PENDAHULUAN

1.       Hampir setiap bangsa mempunyai peribahasa dan peribahasa sesuatu bangsa itu dapat mencerminkan bangsa tersebut.
2.       Peribahasa merupakan susunan kata-kata yang teratur, sedap didengar, dan cukup bermakna.
3.       Peribahasa dibentuk atau dicipta berdasarkan pandangan dan perbandingan yang teliti terhadap alam sekeliling dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat.
4.       Oleh sebab peribahasa dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah dan padat, maka melekatlah peribahasa itu di mulut orang ramai turun-temurun.
5.       Peribahasa digunaakn orang sebagai kiasan, teladan, dan pengajaran. Iutlah sebabnya peribahasa sering digunakan sebagai hiasan untuk mengindahkan karangna atau ketika memberikan ucapan atau syarahan.
6.       Pada umumnya, peribahasa dapat dikatkaan berasal daripada tiga sumber seperti yang berikut:

(a)    Masyarakat biasa melalui pengalaman hidupnya;
(b)    Golongan cerdik pandai berdasarkan pemerhatiannya yang tajam terhadap keadaan dan masyarakat sekelilingnya;
(c)     Kitab suci al-Quran dan kitab-kitab agama lain, khususnya Hindu dan Buddha yang pengaruhnya agak meluas dan kukuh di alam Melayu suatu ketika dahulu.










JENIS PERIBAHASA

1.       Peribahasa yang telah dicipta memang banyak.
2.       Sekian banyak peribahasa tersebut dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:

(a)    Simpulan bahasa;
(b)    Perumpamaan;
(c)     Pepatah
(d)    Bidalan;
(e)    Bandingan;
(f)      Kata-kata khidmat.

3.       Simpulan bahasa merupakan sejenis peribahasa paling mudha dan ringkas. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata seperti ada hati, batu api, cepat tangan, dan sebagainya.

4.       Perumpamaan pula merupakan jenis peribhasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuk perumpamaan itu. Biasanya kata-kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama terkandung dalam perumpamaan. Contohnya bagai aur dengna tebing; ibarat burung; mata lepas badan terkurung; laksana burung diam dalam sangkar; seperti abu di atas tunggul; umpama buah  kepayang; dimakan mabuk dibuang sayang; dan sebagainya.

5.       Pepatah merupakan jenis peribahsa yang berangkp serta terdapat pengulangna kata di dalamnya untuk penegasan, falsafah, atau pengajarna, yang hendak disampaikan. Contohnya, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing; ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni; hati gajah sama dilapah; hati kuman sama diceca; dan sebagainya.

6.       Bidalan merupakan jenis peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya. Bidalan tidak mengandung sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan. Contohnya, ada gula ada semut, ada rupa ada herga, airdicincang tiada putus, dan sebagainya.

7.       Akhir sekali, kata-kata khidmat merupakan jenis peribahasa yang biasanya terbit daripada ayat-ayat suci dalam kitab-kitab atau daripada pecakapan serta penulisan seseorang yang dihormati dan terbilang. Kata-kata tersebut berisi falsafah atau pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup. Contohnya, bahasa jiwa bangsa, hidup ini suatu perlumbaan, berkata benarlah walaupun kebenaran itu menyakitkan, dan sebagainya.



SIMPULAN BAHASA


1.       Ada-ada saja

Maksud
Selalu ada sahaja yang dilakukan atau dikatakan.

Contoh ayat
Tini: Amboi, bergaya betul kamu hari ini.
Siti : Kamu ni ada-ada saja.


2.       Ada hati

Maksud
Ada keinginan yang melebihi kesanggupan.

Contoh ayat
Jamal ada ahti hendak meminang anak hartawan itu.


3.       Air muka

Maksud
a)       Rupa muka yang membayangkan sesuatu perasaan
b)      Maruah.
Contoh ayat:
Air muka Safuan berubah marah apabila Faizal mengejknya di hadapan kelas mereka.

4.       Ajak-ajak ayam

Maksud
Tidak bersungguh-sungguh mempelawa.

Contoh ayat:
Sarifah: Marilah makan aiskrim ni.
Zakiah : Tak apalah terima kasih. (Ah, dia Cuma ajak-ajak ayam sahaja!)


5.       Akal belut

Maksud
Tipu muslihat yang sangat licin.

Contoh ayat
Pelajar itu sering menggunakan akal belut untuk melepaskan diri daripada dihukum oleh guru disiplin.


6.       Akal budi

Maksud
Fikiran yang sihat

Contoh ayat
Dengan akal budi dan keyakinan pada diri sendiri, kita pasti akan berjaya.


7.       Akal kancil

Maksud
Tipu daya yang licin.

Contoh ayat
Peniaga itu mempunyai akal kancil untuk mendapat keuntungan yang banyak.


8.       Akal melintang

Maksud
Akal atau buah fikiran yang datang dengan tiba-tiba.

Contoh ayat
Rosli mendapat akal melintang tentang cara memerangkap pencuri yang memasuki rumahnya itu.









9.       Alang kepalang

Maksud
Sedikit atau tidak mencukupi.

Contoh ayat
Saya tidak dapat mempelawa dia makan kerana makanan ini alang kepalang sahaja.


10.   Alas perut

Maksud
Makan sedikit untuk sementara waktu.

Contoh ayat
Amran makan sekeping roti sebagai alas perut.


11.   Alim-alim kucing

Maksud
Seorang yang berpura-pura baik dari segi tingkah laku dan peraturan.

Contoh ayat
Jamal bersikap alim-alim kucing di depan ibu bapanya sahaja tetapi agak nakal di sekolahnya.


12.   Anak angkat

Maksud
Anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri.

Contoh ayat
Amin ialah anak angkat Pak Cik Rahman.










13.   Anak bongsu

Maksud
Anak yang paling muda dalam keluarga.

Contoh ayat
Lai Meng merupakan anak bongsu Encik Wong daripada enam orang adik-beradik.


14.   Anak buah

Maksud
a)       Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga.
b)      Pengikut
c)       Rakyat.
Contoh ayat
Encik Shamsul pulang untuk menghadiri majlis perkahwinan anak buahnya.

15.   Anak dagang

Maksud
Orang yang merantau ke tempat lain.

Contoh ayat
Deramang hanylah anak dagang yang menumpang di rumah Pandak Maya.


16.   Anak emas

Maksud
Orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.

Contoh ayat
Sofea pekerja yang rajin. Tidak hairanlah jika dia menjadi anak emas Tuan Adann.








17.   Anak kandung

Maksud
Anak sendiri yang dilahirkan oleh ibu kandung.

Contoh ayat
Harlina anak kandung kepada Encik Osman dan Puan Faridah.


18.   Angkat bakul

Maksud
Orang yang suka memuji atau meninggikan diri.

Contoh ayat
Puan Aisyah serin angkat bakul apabila bercerita tentang dirinya.


19.   Angkat kaki

Maksud
a)       Melarikan diri
b)      Meninggalkan sesuatu tempat dengan segera.
Contoh ayat
Boon Seng terus angkat kaki apabila pergaduhan itu semakin melarat.

20.   Apa akal

Maksud
Apa yang patut dibuat.

Contoh ayat
Apa akal kita hendak keluar dari bilik yang terkunci ini.









21.   Asam garam

Maksud
Pengalaman hidup.

Contoh ayat
Banyak pengajaran yang boleh kita peroleh daripada orang tua-tua kerana mereka melalui pelbaai asam garam dlaam hidup mereka.


22.   Atas angin

Maksud
Negara-negara Barat.

Contoh ayat
Negara kita pernah dijajah oleh nagara-negara atas angina.


23.   Atas pagar

Maksud
Seseorang yang berkecuali dan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bertelingkah.

Contoh ayat:
Jeffrey bersikap atas pagar dalam perselisihan faham antara Manam dengan Gheeta.


24.   Ayam pemikat

Maksud
Orang yang dijadikan umpan untuk melaksanakan impian orang lain.

Contoh ayat
Pelakon terkenal itu menjadi ayam pemikat bagi melariskan produk minuman terbaharu itu.







25.   Ayam tambatan

Maksud
Orang harapan dlaam sesuatu pertandingan atau perlawanan.

Contoh ayat
Khalid Jamlus merupakan ayam tambatan dalam pasukan bola sepak negeri Selangor.


26.   Baik hati

Maksud
Suka menolong atau mudah sim[ati atau pangasih

Contoh ayat
Prema baik hati. Dia suka menolong orang yang dalam kesalahan.


27.   Bangkai bernyawa

Maksud
Seorang yang tidak berguna langsung.

Contoh ayat
Penagih dadah itu terbaring seperti bangkai bernyawa di abawah jambatan itu.


28.   Banyak mulut

Maksud
Orang yang suka bercakap

Contoh ayat
Sikap Mona yang banayak mulut itu tidak disenangi oleh rakan sekelasnya.








29.   Barang kemas

Maksud
Barang-barang perhiasan perempuan yang dibuat daripada emas atau intan berlian.

Contoh ayat
Ibu menyimpan barang kemas di dalam laci.


30.   Batu api

Maksud
Penghasut.

Contoh ayat
Mereka sudah berbaik-baik, janganlah kamu pula menjadi batu api pula.


31.   Batu loncatan

Maksud
Sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan.

Contoh ayat
Anis menerima tawaran kerja sementara untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik kelak.


32.   Bau-bau bacang

Maksud
Pertalian keluarga yang sudah jauh.

Contoh ayat
Antara Leela dengan Nathan, ada bau-bau bacang.








33.   Bekas tangan

Maksud
Hasil kerja tangan seseorang

Contoh ayat
Pasu ini ialah bekas tangan Clenmentina.


34.   Beralih akal

Maksud
Berubah fikiran atau pendapat.

Contoh ayat
Semalam dia bersetuju dengan cadangan saya, tetapi hari ini dia beralih akal pula.


35.   Beralih angin

Maksud
a)       Bertukar tempat
b)      Ke suatu tempat untuk berehat.
Contoh ayat
Sudah lama mereka tinggal di Bandar, kini akan beralih angina ke pedalaman pula.

36.   Berat hati

Maksud
a)       Enggan.
b)      Malas.
Contoh ayat
Adit: Dani, mari kita ke rumah Hashim.
Dani: Berat hatiku untuk pergi ke rumahnya.


37.   Berat mulut

Maksud
Pendiam.

Contoh ayat
Dia tidak sombong tetapi hanya berat mulut sahaja.



38.   Berbelah bagi

Maksud
a)       Tidak tetap pendirian.
b)      Sukar untuk membuat keputusan.
Contoh ayat
Perasaan gadis itu berbelah bagi untuk menerima p-ertolongan daripada pemuada itu.

39.   Bergadai nyawa

Maksud
Sanggup membahanyaakan diri sendiri bagi mencapai sesuatu.

Contoh ayat
Ahli bomba itu sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa kebakaran.


40.   Berhati batu

Maksud
a)       Bersifat degil.
b)      Tidak bersa kasihan.
Contoh ayat
Walaupun budah itu berhati abut, tetapi kalau dipujuk dia akan menurut kata.


41.   Berhati waja

Maksud
Tidak mudah kecewa.

Contoh ayat
Kejayaan akan tercapai sekiranya kita berhati waja dlaam meghadapi cabaran.


42.   Berhutang budi

Maksud
Patut membalas

Contoh ayat
Pelajar itu berhutang budi pada Cikgu Ramli kerana membantunay menjelaskan yuran peperiksaan.


43.   Berjiwa besar

Maksud
Bercita-cita tinggi dan berusaha mencapai cita-cita tersebut.

Contoh ayat
Rashid seorang pemimpin mda yang berjiwa besar.


44.   Berjiwa hamba

Maksud
Orang yang tidak yakin pada kemampua ataau tidak bercita-cita tinggi

Contoh ayat
Orang yang berjiwa haba tidak akan berjaya. Oleh itu, kuatkanlah semangat kamu.







45.   Berkaki ayam

Maksud
Tidak berkasut atau berselipar

Contoh ayat
Kamal berkaki ayam semasa bermain bola sepak di padang.


46.   Bermuka dua

Maksud
Tidak jujur atau pembelot.

Contoh ayat
Lelaki yang bermuka dua dalam kumpulan penyiasat itu telah ditangkap.


47.   Berpeluk tubuh

Maksud
Malas bekerja ataau berusaah

Contoh ayat
Bakri hanya berpeluk tubuh sahaja semasa kawan-kawannya bertungkus lumus menyiapkan tugasan itu.


48.   Bersengkang mata

Maksud
Melakukan sesuatu kerja hingga tidak tidur

Contoh ayat
Diana terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan kertas kerja itu.







49.   Bertikan lidah

Maksud
a)       Bertengkar.
b)      Berdebat.
Contoh ayat
Kami bertikan lidah tentang isu-isu emasa untuk meluaskan pengetahuan.

50.   Besar hati

Maksud
a)       Bangga.
b)      Gembira.
Contoh ayat
Saya berasa bear hati kerana encik sudi dating ke pondok saya.


51.   Besar kepala

Maksud
a)       Degil.
b)      Sombong.
Contoh ayat
Kerana tidak mendapat pengawasan orang tuanya, Budian semakin besar kepala sekarang.

52.   Bidan terjun

Maksud
Seseorang yang dipanggil secara mendadak bagi menggantikan tempat atau tugas orang lain.

Contoh ayat
Joshua terpaksa menjadi bidan terjun bagi menggantikan temapt atau tugas orang lain.


53.   Bongkok sabut

Maksud
Bongkok yang sedikit sahaja

Contoh ayat
Dia masih muda tetapi sudah bongkok sabut.


54.   Bongkok udang

Maksud
Bongkok yang teruk.

Contoh ayat
Walaupun Nenek Limah bongkok udang tetapi dia masih mampu bekerja.


55.   Buah hati

Maksud
Kekasih atau orang yang dicintai.

Contoh ayat
“Mengapa termenung? Barangkali teringatkan buah hati?” kata Mak Jah kepada anaknya yang bakal bertunang.


56.   Buah mulut

Maksud
Perkara yang menjadi sebut-sebutan orang.

Contoh ayat
Berita tentang Murad yang membawa gadis Ingeris pulang telah menjadi buah mulut penduduk kampong.





57.   Buah tangan

Maksud
Pemberian.

Contoh ayat
Setiap kali ke luar negeri, ayah pasti membawa buah tangan untuk kami.


58.   Bulat hati

Maksud
a)       Ikhlas.
b)      Tetap hati dan sungguh-sungguh.
Contoh ayat
Kedua-dua sahabat itu bulat hati hendak mengadu nasib di bandar.

59.   Bulat kata

Maksud
Sepakat atau sehati.

Contoh ayat
Penduduk kampung ini sudah bulat kata untuk bergotong-royong membersihkan kawasan kampung pada minggu depan.


60.   Buruk siku

Maksud
Meminta kemabaliapa-apa yang telah diberikan.

Contoh ayat
Dia itu buruk siku. Janganlah kamu terima pemberian daripadanya kerana dia pasti alan memintanya kembali.




61.   Buta hati

Maksud
a)       Tidak dapat menerima balasan pengajaran orang.
b)      Tidak berasa kasihan.
Contoh ayat
Lelaki itu buat hati agaknya. Sanggup dia memukul orang tua yang tidak sengaja melanggarnya itu.

62.   Buta huruf

Maksud
Tidak tahu membaca dan menulis.

Contoh ayat
Oleh sebab nenek buta huruf, Amir membacakan neneknya surat khabar.

63.   Buta perut

Maksud
a)       Tidak bertimbang rasa atau tidak menggunakan akal fikiran.
b)      Seseorang yang makan semua jenis mkakanan.
Contoh ayat
Pemandu bas yang buat perut semasa memandu boleh menyebabkan kemalangan.

64.   Cahaya mata

Maksud
Anak yang dilahirkan.

Contoh ayat
Encik Hadi dan Puan Amira mendapat cahaya maat pertama semalam.



65.   Cakar ayam

Maksud
Tulisan tangan yang amat buruk dan tidak kemas.

Contoh ayat
Cikgu Rokiah menegur tulisan Ganesh yang seperti cakar ayam.


66.   Campur tangan

Maksud
Turut serta dalam urusan orang lain.

Contoh ayat
Jangan campur tangan dalam masalah ini. Biarlah saya yang menyelesaikannya.

67.   Cepat tangan

Maksud
Orang yang suka mencuri

Contoh ayat
Budak yang cepat tangna itu dirotan oleh ayahnya kerana mencuba mencuri di kedai Pak Isa.


68.   Cucu tangan

Maksud
Tidak mahu campur tangan atau melepaskan diri daripada sesuatu persoalan.

Contoh ayat
Salmah sering cuci tangan apabila kedai yang diusahakannya bersama dengan Maria dan Julia menghadapi masalah.






69.   Curi tulang

Maksud
Tidak bekerja dengan betul jika tidak diawasi atau diperhatikan.

Contoh ayat
Kalau tidak diawasi, Samad pasti akan curi tulang.


70.   Dalam tangan

Maksud
Pasti diperoleh.

Contoh ayat
Dia tidak bimbang lagi kerana jawatan yang dimohonnya itu sudah dlaam tangannya.


71.   Dapat terpijak

Maksud
Memperoleh sesuatu dengna mudah atau tidak perlu berusaha.

Contoh ayat
Puan Rita dapat terpijak sebuah mesin basuh apabila memenangi cabutan nombor bertuah di pasar raya itu.


72.   Darah daging

Maksud
Anak kandung.

Contoh ayat
Janganlah derhaka kepada ibu bapa kerana anda darah dagingnya.







73.   Darah gemuruh

Maksud
Mudah gugup atau hilang pertimbangan.

Contoh ayat
Marina mengalami darah gemuruh sebelum mendekalmasikan sajaknya sempena majlis hari guru.


74.   Darah muda

Maksud
Semangat atau perasaan orang muda.

Contoh ayat
Selepas pertengkaran kecil itu, Yazid telah meletakkan jawatan kerana mengikut darah muda.


75.   Daya fikir

Maksud
Kekuatan berfikir.

Contoh ayat
Jika kita banyak membaca buku-buku pengetahuan, daya fikir kita akan bertambah kuat.


76.   Delima merekah

Maksud
Bentuk dan warna bibir yang elok.

Contoh ayat
Rupa paras Tuan Puteri Ratna sungguh jelita. Bibrnya bak delima merekah.







77.   Durian runtuh

Maksud
Mendapat keuntungan dengan ridak disangka-sangka atau tanpa bersusah payah.

Contoh ayat
Wanita itu mendapat durian runtuh apabila membeli-belah di pasar raya itu.


78.   Gaji buta

Maksud
Gaji yang diterima dengan tidak bekerja sungguh-sungguh.

Contoh ayat
Buruh itu lebih banyak berehat daripada bekerja. Dia makan gaji buat sahaja.


79.   Ganti tikar

Maksud
Mengahwini kakak kepada isteri atau saudara suami sebelah isteri ataau suami yang meninggal dunia.

Contoh ayat
Dani yang baru kematian isteri ganti tikar dengna adik iparnya.

80.   Gelap hati

Maksud
Sukar mengikuti pelajaran.

Contoh ayat
Fahmi gelap hati. Walaupun berulang kali diterangkan, dia tetap tidak dapat menjawab soalan itu.





81.   Geli hati

Maksud
Rasa hendak ketawa.

Contoh ayat
Aminah geli hati melihat persembahan badut itu.


82.   Gila bahasa

Maksud
Kurang waras fikirannya.

Contoh ayat
Lelaki yang tertawa sendirian itu gila bahasa.


83.   Goyang kaki

Maksud
Bersenang-senang tanpa perlu bekerja.

Contoh ayat
Jeslina hanya goyang kaki di rumah kerana ibunya tidak mengizinkannya bekerja semasa cuti semester.

84.   Gulung tikar

Maksud
Menutup perniagaan kerana mengalami kerugian.

Contoh ayat
Encik Ariffin dan Puan Jamilah terpaksa gulung tikar kerana tidak sanggup mengalami kerugian yang besar.





85.   Habis akal

Maksud
a)       Habis segala usaha.
b)      Bingung
Contoh ayat
Sudah habis akal dia berikhtiar untuk mengubati anaknya yang sakit itu.

86.   Halwa telinga

Maksud
Sesuatu yang sedap didengar.

Contoh ayat
Nenek saya gemar mendengar lagu keroncong sebagai halwa telinganya.


87.   Hangat-hangat tahi ayam

Maksud
Tidka bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.

Contoh ayat
Geetha hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja mempelajari cara-cara mengait baju.


88.   Harga diri

Maksud
Kehormatan diri atau maruah.

Contoh ayat
Setiap orang akan menjaga harga dirinya dengan cara apa sekalipun.






89.   Harga mati

Maksud
Harga yang muktamad

Contoh ayat
Harga barangan kulit yang dijual di kedai itu harga mati.


90.   Hidung tinggi

Maksud
Sombong atau angkuh.

Contoh ayat
Sejak tinggal di rumah besar itu dia bersikap hidung tinggi.


91.   Hilang akal

Maksud
a)       Tidak tahu apa yang hendak dibuat.
b)      Agak gila.
Contoh ayat
Penghuni rumah itu hilang akal apabilarumahnya tiba-tiba hanyut dilanda banjir.

92.   Ibu angkat

Maksud
Perempuan yang memelihara anak orang lain seoeri anaknya sendiri.

Contoh ayat
Puan Maznah menjadi ibu angkat Asnita sejak dia berusia dua bulan.






93.   Ibu pertiwi

Maksud
Negeri sendiri atau tanah air.

Contoh ayat
Kami bersedia mempertahankan ibu pertiwi daripada dicerobohi musuh.


94.   Ikal mayang

Maksud
Keadaan rambut yang cantik.

Contoh ayat
Rambut Sofia yang ikal mayang itu menjadi perhatian banyak orang.


95.   Ikat perut

Maksud
Mengurangkan makan kerana susah.

Contoh ayat
Manisah terpaksa ikat perut di sekolah kerana ayahnya tidak mampu memberikan wang saku kepadanya.


96.   Iri hati

Maksud
Perasaan benci atau cemburu.

Contoh ayat
Perempuan itu iri hati melihat jirannya membeli perabot baharu.







97.   Isi hati

Maksud
a)       Apa-apa yang terfikir.
b)      Perasaan.
Contoh ayat
Sambil menangis Faridah mencurahkan isi hatinya pada saya.

98.   Jalan buntu

Maksud
Tidak dapat kata sepakat.

Contoh ayat
Mesyuarat itu terpaksa dihentikan kerana menemui jalan buntu.


99.   Jalan keluar

Maksud
Ada penyelesaian.

Contoh ayat
Kita mesti mencari jalan keluar bagi masalah ini.


100.  Jauh hati

Maksud
Tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain.

Contoh ayat
Dia berasa jauh hati kerana tidak dilayan oleh tuan rumah.






101.  Jinak-jinak lalat

Maksud
Pergaulan yang tidak begitu mesra.

Contoh ayat
Husna jinak-jinak lalat sahaja dengna rakan sekelasnya kerana dia baru berpindah ke sekolah itu.


102.  Jinak-jinak merpati

Maksud
Perempuan yang mesra tetapi sukar dipikat.

Contoh ayat
Mereka beranggapan Farah jinak-jinak merpati kerana dia mudha mesra tetapi tidak mudah dipikat.


103.  Kacang hantu

Maksud
Seseorang yang nakal atau jahat.

Contoh ayat
Amri dikenal sebagai kacang hantu suka bergaduh dengna rakan sebayanya.


104.  Kaki ampu

Maksud
Membuat kebaikan dengan mengharapkan balasan atau habuan.

Contoh ayat
Di syarikat itu, Amira dikienal sebagai kaki ampu.







105.  Kaki bangku

Maksud
Orang yang tidka pandai bermain bola.

Contoh ayat
Walaupun Kumar handal berlari, tetapi dia kaki bangku.


106.  Kaki lima

Maksud
Lantai antara depan kedai atau rumah dengna tepi jalan.

Contoh ayat
Orang ramai membuang sampah dengan sesuka hati di kaki lima itu.


107.  Kerang busuk

Maksud
Tersengih-sengih dengan tidak menentu.

Contoh ayat
Sejak memasuki kelas tadi, Wahid asyik tersengih seperti kerang busuk.


108.  Keras hati

Maksud
a)       Tidak mahu menurut kata orang.
b)      Tidak mudah putus asa atau cekal.
Contoh ayat
Ani keras hati. Walaupun dipujuk oleh ibu, dia tetap tidka mahu meminta maaf daripada abangnya.



109.  Kepala angin

Maksud
Orang yang kelakuannya sering berubah-ubah.

Contoh ayat
Saya tidak tahan melihat perangainya yang kepala angina.


110.  Kepala batu

Maksud
Enggan mengikut nasihat.

Contoh ayat
Guru menenda pelajar yang kepala batu itu.


111.  Kepalang ajar

Maksud
Belajar separuh jalan sahaja atau tnaggung-tanggung belajar.

Contoh ayat
Kepalang ajar sahaja dia berguru kepada guru silat itu.


112.  Kera sumbang

Maksud
Orang yang hidup dengna mengasingkan diri.

Contoh ayat
“jangan jadi kera sumbang apabila di tempat baharu nanti” kata Puan Ros kepada anaknya.








113.  Keras kepala

Maksud
Tidak mahu mengalah.

Contoh ayat
Lebih baik kamu beralah daripada terus bertengkar dengannya. Dia itu keras kepala.


114.  Khabar angina

Maksud
Khabar yang belum sah kebenarannya.

Contoh ayat
Sejak dia menghilangkan diri dari kampung, berbagai-bagai khabar angina tersebar tentang dirinya.


115.  Kucing bertanduk

Maksud
Sesuatu yang mustahil berlaku.

Contoh ayat
Kalau kamu hendak mengharapkan bantuan daripada orang kaya yang kedekut itu, tunggulah sampai kucing betanduk.


116.  Kutu embun

Maksud
Orang yang suka merayau-rayau tanpa tujuan pada malam hari.

Contoh ayat
Kutu-kutu embun di simpang jaln itu selalu mengganggu ketenteraman umum.






117.  Langkah bendul

Maksud
Hal adik berkahwindahulu sebelum kakak.

Contoh ayat
Perjahwinan adknya yang langkah bendul itu menyebabkan Imah jauh hati.


118.  Langkah kanan

Maksud
Mujur atau bernasib baik.

Contoh ayat
Hari ini saya langkah kanan kerana dapat bertemu dengna pengarang terkenal di pesta buku itu.


119.  Langkah seribu

Maksud
Melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut.

Contoh ayat
Budak yang menghendap di dusun itu membuka langkah seribu apabila disergah oleh ayah saya.


120.  Lepas laku

Maksud
Melakukan sesuatu tanpa segan-silu.

Contoh ayat
Perangainya yang lepas laku itu menjadi perbualan penduduk kampung.








121.  Lidah bercabang

Maksud
Kata-katanya tidak dapat dipercayai.

Contoh ayat
Marlia tidak menepati ajnji lagi. Usahberjanji dengan orang yang lisah bercabang seperti dia.


122.  Lintah darat

Maksud
Orang yang mengenakan bunga yang tinggi atas pinjaman yang diberikan.

Contoh ayat
Menyesal saya meminjam wang daripada lintah darat itu.


123.  Mabuk laut

Maksud
Pening dan muntah-muntah kerana berlayar atau menaiki kapal, feri dan sebagainya.

Contoh ayat
Kami sekeluarga akan makan angin ke Pulau Tioman.


124.  Makan angin

Maksud
Pergi bersiar-siar untuk berehat.

Contoh ayat
Kami sekeluarga akan makan angina ke Pulau Tioman.








125.  Makan angkat

Maksud
Suka dipuji atau disanjung.

Contoh ayat
Perempuan yang makan angkat itu tersenyum bangga apabila dipuji.


126.  Makan besar

Maksud
Kenduri besar-besaran.

Contoh ayat
Anak-anak Encik Chan berkumpul di rumahnya untuk makan besar semasa menyambut Tahun Baru Cina.


127.  Makan gaji

Maksud
Bekerja dengan orang untuk mendapatkan gaji atau upah.

Contoh ayat
Ilham makan gaji sebagai tukang kebun di rumah Encik Sani.


128.  Makan garam

Maksud
Mempunyai pengalaman yang banyak.

Contoh ayat
Usahlah berdegtil, ibu lebih dulu makan garam daripada kamu.







129.  Makan hati

Maksud
Kesedihan.

Contoh ayat
Yanti makan hati oleh sikap Anita yang sering menyakiti hatinya.


130.  Makan kawan sendiri

Maksud
Mengkhianati atau mencelakakan sahabat sendiri

Contoh ayat
Dalam persabhabatan, kita tidak harus bersikap makan kawan sendiri.


131.  Makan suap

Maksud
Menerima sogokan atau rasuah

Contoh ayat
Akauntan yang makan suap itu ditangkap oleh pihak berkuasa.


132.  Mandi kerbau

Maksud
Mandi dengan tidak membersihkan badan.

Contoh ayat
Amin mandi kerbau apabila terlewat bangun dari tidur.








133.  Mandi peluh

Maksud
Basah dengan peluh.

Contoh ayat
Setiap hari Pak Cik Salim bermandi peluh mengusahakan kebun sayurnya.


134.  Manis buah

Maksud
Manis yang sedikit sahaja.

Contoh ayat
Sedap pudding roti ini. Rasanya manis buah sahaja.


135.  Masuk akal

Maksud
Tidak mustahil atau logic atau munasabah.

Contoh ayat
Saya tidak bersetuju dengan cadagannya yang langsung tidak masuk akal itu.


136.  Mata duitan

Maksud
Oran gyang mementingkan wang sahaja.

Contoh ayat
Jangan jadi mata duitan kerana kekayaan sahaja tidak dapat menjamin kebahagiaan.








137.  Mati akal

Maksud
Buntu atau kehabisan idea.

Contoh ayat
Indra tidka dapat menghabiskan esei yang ditulisnya itu kerana dia sudah mati akal.


138.  Mati katak

Maksud
Mati yang sia-sia sahaja.

Contoh ayat
Ramu mati katak apabila dia terlibat dalam kemalangan semasa meyertai perlumbaan haram.


139.  Memasang telinga

Maksud
Mendengar dengan sungguh-sungguh dan hati-hati.

Contoh ayat
Mereka memasan telinga untuk mendengar rahsia itu.


140.  Membawa diri

Maksud
Menjaga dan menyesiauka diri dengan keadaan.

Contoh ayat
Dia tidak mepunyai maslaah dalam pergaulan kerana dia pandai membawa diri.











PERUMPAMAAN



























PEPATAH

























BIDALAN

Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh
Maksud
Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.
Contoh ayat
“Janganlah awak risau. Walaupun kita tinggal di kampong, rezeki untuk kita pasti ada. Kata orang ada batang mati, adalah cendawan tumbuh,” kata Lukman kepada isterinya.

Ada gula ada semut
Maksud
Orang akan berkumpul di tempat mendapat rezeki dengna mudah.
Contoh ayat
Tidaklah menghairankan kalua kawasan perusahaan itu menjadi tumpuan para peniaga kerana ada dula ada semut.

Ada padi masak, adalah pipit
Maksud
Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
Contoh ayat
Semakin banyak pemuda di kampong itu yang berhijrah ke bandar. Malumlah di sana banyak peluang pekerjaan. Kata orang ada padi masak, adalah pipit.

Ada pasang surutnya
Maksud
Untung dan malang nasib seseorang tidaklah tetap.
Contoh ayat
Walaupun hari ini kita gagal, namun siapa tahu suatu hari kelak kita akan Berjaya pula, kerana nasib kita ada pasang surutnya.
Ada rupa ada harga
Maksud
Harga barang menurut keadaannya.
Contoh ayat
Kain sutera ini sangat mahal, kerana ada rupa ada harga.

Ada sampan hendak berenang
Maksud
Sengaja menyusahkan diri.
Contoh ayat
Berpenat lelah Datin Salbiah membersihkan rumahnya, padahal dia mempunyai pembantu rumah. Beginilah yang dikatakan ada sampan hendak berenang.

Adat juara kalah menang
Maksud
Tiap-tiap usaha ada untung ruginya.
Contoh ayat
Nazir akan terus berusaha walaupun hasil perniagaannya pada bulan ini tidak memuaskan. Dia menyedari bahawa adat juara kalah menang.

Ada udang di sebalik batu
Maksud
Ada sesuatu maksud tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan atau perkataan.
Contoh ayat
“Berhati-hatilah apabila seseorang itu berbuat baik dengan kamu, kerana mungkin ada udang di sebalik batu,” jelas Cikgu Fazli kepada anak-anak muridnya.



Air dicencang tiada putus
Maksud
Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh persilisihan.
Contoh ayat
Puan Nora tidak menghiraukan perselisihan yang berlaku antara kedua-dua orang anaknya itu. Dia menyedari bahawa air dicencang tiada putus.

Air susu dibalas dengan air tuba
Maksud
Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
Contoh ayat
“Jangan sekali-ali menjadi seperti Si Tanggang yang derhaka itu. Air susu yang diberi oleh ibnya, dibalas dengan air tuba olehnya,” nasihat Nenek Timah kepada cucunya.

Air yang dingin juga yang dapat memadamkan api
Maksud
Kata-kata yang lemah lembut sahaja yang dapat meredekan kemarahan seseorang.
Contoh ayat
Alif sedar bahawa air dingin juga yang dapat memadamkan api. Oleh itu, dia memujuk Ravin yang sedang marah dengan kata-kata yang sopan dan lemah lembut.

Alah bias tegal biasa
Maksud
Pekerjaan yang susah akan menjadi jika selalu dilakukan.
Contoh ayat
Memang susah membuat kerja tangan ini, tetapi kalau dibuat dengan tekun akan menjadi mudah.Kata orang, alah bias tegal biasa.


Alah membeli menang memakai
Maksud
Barang yang bermutu memang mahal harganya, tetapi dapat dipakai lama.
Contoh ayat
Kain langsir ini sudah lima tahun saya pakai. Walaupun harganya mahal tetapi tahan lama. Kata orang membeli menang memakai.

Alang-alang berdakwat biar hitam
Maksud
Setiap kerja yang dibuat biarlah sempurna, jangan separuh jalan sahaja.
Contoh ayat
Amin selalu disindir kawan-kawannya. Namun, dia tetap berusaha untuk menjadi petani yang Berjaya. Baginya, alang-alang berdakwat biar hitam.

Anak baik menantu molek
Maksud
Kalau mendapat untung baik, maka keuntungan itu berganda-ganda.
Contoh ayat
Semalam Suzi telah mendapat wang tunai berjumlah RM2000 karana memenangi suatu peraduan. Hari ini pangkatnya dinaikkan pula. Bak kata orang, anak baik menantu molek.

Anak harimau jangan dipela pelihara
Maksud
Jangan berbuat baik kepada orang yang suka berbuat jahat.
Contoh ayat
Pengawas itu menasihati kami supaya menjauhkan diri daripada pemuda-pemuda liar itu. Katanya, anak harimau jangan dibela pelihara, kelak buruh padahnya.


Anak harimau takkan menjadi anak kambing
Maksud
Anak orang besar biasanya jadi orang besar juga.
Contoh ayat
Anak Datuk Iskandar kini menjadi pengarah urusan di sebuah syarikat terkemuka. Kata orang, anak harimau takkan menjadi anak kambing.

Anak kucing menjadi harimau
Maksud
Ada kalana anak orang miskin jadi kaya atau anak orang kebanyakan jadi orang besar.
Contoh ayat
Janganlah menghina pelajar yang miskin itu, kerana tidak mustahil suatu hari kelak anak kucing menjadi harimau.

Anak sungai lagi barubah,inikan pula hati orang
Maksud
Pendirian yang tidak tetap.
Contoh ayat
Tidaklah menghairankan kalau tiba-tiba dia membuat keputusan untuk berpisah dengan isterinya kerana anak sungai lagi berubah, inikan pula hati berubah, inikan pula hati orang.

Anjing menyalak bukit, takkan runtuh
Maksud
Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.
Contoh ayat
Cubaan Pak Cik Razak untuk menjatuhakn nama baik Ustaz Hakimi nampaknya tidak berhasil kerana anjing menyalak bukit, takkan runtuh.


Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras
Maksud
Setiap orang yang selalu mencari orang yang sama darjat, pangkat, atau kedudukan dengannya.
Contoh ayat
Faiz lebih senang bergaul dengan orang yang setaraf dengannya daripada bercampur dengan golongan kaya itu. Baginya, biarlah antah berkumpul sama antah, beras bersama beras.

Api kecil baik dipadamkan
Maksud
Basmilah kejahatan sementara baru bermula.
Contoh ayat
Encik Omar akan mendenda anak-anaknya yang berbuat salah. Baginya api kecil baik dipadamkan.

Api mekam sekam
Maksud
Perbuatan jahat atau dendam yang tersembunyi.
Contoh ayat
Encik Segaran telah menyebarkan pelbagai fitnah secara diam untuk menjatuhkan nama baik Encik Chong. Itulah yang dikatakan api mekam sekam.

Awal dibuat akhir diingat
Maksud
Sebelum membuat sesuatu pekerjaan, baiklah fikirkan masak-masak supaya selamat.
Contoh ayat
Bagimana tentang rancangan kami kemukakan tadi?
Berikan kami masa untuk memikirkan rancangna itu masak-masak. Kata orang awal dibuat akhir diingat.


Ayam dapat, musang dapat
Maksud
Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tidak hilang.
Contoh ayat
Pihak polis berjaya menangkap pencuri yang memasuki rimah Encik Idham dan merampas semula barangan yang telah dicuri itu. Kata orang, ayam dapat , musang pun dapat.

Ayam menang, kampong tergadai
Maksud
Keberuntungan yang tidak ada faedahnya.
Contoh ayat
Bagi Anding, sia-sia sahaja dia memenangi pertandingan kereta berhias itu kerana modal yang dikeluarkannya lebih besar daripada hadiah yang diterimanya. Itulah yang dikatakan ayam menang, kampong tergadai.

Ayam tak patuk, itik pun tak sudu
Maksud
Keadaan orang yang hina dalam masyarakat.
Contoh ayat
Usahlah kamu hiraukan pandangna orang lain, Jalil. Orang miskin macam kita ini, ayam tak patuk, itik pun tak sudu.

Bacang dibungkus baunya keluar juga
Maksud
Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.
Contoh ayat
“Bacang dibungkus baunya keluar juga, Hadi. Tka usahlah kamu hendak berahsia lagi tentang perkahwinan kamu.

Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak
Maksud
Sementara belum ada yang lebih baik, baiklah digunakan dahulu apa-apa yang ada walaupun kurang baik.
Contoh ayat
Pak Husin menggunakan kerbau untuk membajak sawahnya sementara belum berupaya membeli traktor. Baginya, baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.

Bangkai gajah dapatkah ditutup dengan nyiru?
Maksud
Kejahatna yang besar tidak dapat disembunyikan.
Contoh ayat
Biar bagaimanapun dia mencuba untuk menutup kes penyelwengan wang syarikat itu, namun bangkai gajah dapatkah ditutup dengan nyiru?

Bapa borek, anak rintik
Maksud
Anak mencontoh kelakuan bapanya.
Contoh ayat
Sikap panas baran dan bengis Pak Leman ada pada anaknya, Daud. Beginilah yang dikatakan bapa borek, anak rintik.

Belakang parang sekalipun, kalau diasah nescaya akan tajam juga
Maksud
Biar bodoh seklaipun, kalau belajar sungguh-sungguh akan menjadi pandai juga.
Contoh ayat
Walaupun sudah dua kali gagal dalam peperiksaan, namun Oyuk tidak putus asa. Dia yakin bahawa belakang parang seklaipun, kalau diasah nescaya ka tajam juga.

Belum duduk sudah berlunjur
Maksud
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dahulu.
Contoh ayat
“Soon Heng, janganlah belum duduk sudah berlunjur, kerana belum pasti kamu berjaya dalam temu duga itu,” kata Zul.

Belum menetas sudah dibilang
Maksud
Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.
Contoh ayat
Keputusan peperiksaan murid-murid itu masih belum diketahui, tetapi mereka sudah bergembira. Itulah kata orang belum menetas sudah dibilang.

Bercermin di air keruh
Maksud
Mencontoh perbuatan yang kurang baik.
Contoh ayat
Apabila melihat lelaki itu membuang sampah ke dalam longkang, Tuck Seng pun membuang sampah keluar dari tangkap bas. Perbuatannya itu samalah dengna bercermin di air keruh.

Berherapkan pagar, pagar makan padi
Maksud
Berharapkan orang yang kita percayai tetapi orang itu membinasakan kita.
Contoh ayat
“Pembantu rumah saya telah melarikan barang-barang kemas. Berharaplah pagar, pagar makan padi,” kata Puan Mei Ling.


Berketak dulu sebelum bertelur
Maksud
Bersuka ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan.
Contoh ayat
Harun, kalau aku kaya, aku nak berkereta besar. Biar semua orang kampong melopong memandang aku.
Kamu ini asyik berangan saja, Budin. Kolam ikan pun belum kamu buat lagi. Kamu suka berketak dulu sebelum bertelur.

Berlayar atas angina
Maksud
Berbuat sesuatu atas belanja orang lain.
Contoh ayat
“Seronok betul mereka hendak pergi melawat ke Kuala Lumpur. Semua perbelanjaan ditanggung oleh Persatuan Belia. Mereka hanya berlayar atas angina,” kata Haji Dollah kepada Pak Seman.

Bernasi di balik kerak
Maksud
Masih ada sesuatu yang belum selesai.
Contoh ayat
Ibu terpaksa pulang ke kampong kerana urusannya dengan datuk masih bernasi di balik kerak.

Berpatah arang berkerat rotan
Maksud
Memutuskan tlai persahabatan
Contoh ayat
Perangai arid memang teruk. Kerna kesalahan kecil sahaja, dia sanggup berpatah arang berkerat rotan dengan kawan baiknya.
Betanam tebu di hilir
Maksud
Memutuskan tali persahabatan.
Contoh ayat
Saya ragu-ragu akan kata-katanya yang lemak manis dia hanya bertanam tebu di bibir.

Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi
Maksud
Sesuatu kejadian tidak mungkin akan berlaku daripada satu pihak sahaja.
Contoh ayat
Pertengkaran itu tidak akan berlaku sekiranya Maria tidak melawan kata-kata Puan Idah.

Besar suap daripada mulut
Maksud
Belanja lebih besar daripada pendapatan.
Contoh ayat
Khalida bersikap besar suap daripada mulut. Pendapatannya tidak mampu menampung perbelanjaannya.

Besi baik tiada berkarat
Maksud
Budi baik tidak dilupakan.
Contoh ayat
Dermawan itu telah menghulurkan bantuan kewangan kepada Pak Abas pak Abas tidak akan melupakan budi baik dermawan itu. Baginya, besi baik tiada berkarat.



Biawak kudung masuk kampong
Maksud
Orang jahat yang dikenal ramai.
Contoh ayat
“Ibu Bawang Putih terkenal dengan sikap zalimnya. Dia selalu menyeksa anak tirinya, Bawang Merah. Dalam masyarakat Melayu, ia dianggap sebagai biawak kudung masuk kampung,” carita Nenek Piah kepada cucu-cucunya.

Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi
Maksud
Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang bawahan pun berleluasalah melakukan sekehendak sendiri.
Contoh ayat
Para pekerja itu mula berbual dan bergurau senda di dalam pejabat apabila ketua mereka Encik Khusyairi dilucutkan jawatannya. Nampaknya, bila kucing tidak bergigi, tikus berni melompat tinggi.

Bodoh-bodoh sepat tak makan pancing emas
Maksud
Orang bodoh sekalipun tahu juga memilih apa-apa yang baik untuknya.
Contoh ayat
Walaupun Zaril kebodoh-bodohan tetpai dia masih tahu memilih pakaian yang sesuai untuk dirinya. Tepatlah kata bidalan bodoh-bodoh sepat tak makan pancing emas.

Buah masak merah belum tentu manis rasanya.
Maksud
Orang yang elok rupanya itu belum tentu baik perangaiya.
Contoh ayat
Gadis itu memang cantic tetapi pemalas. Benarlah kata orang buah masak merah belum tent manis rasanya.

Bukit sudah menjadi busut
Maksud
Orang  berpangkat telah diturunkan pangkatnya.
Contoh ayat
Pagawai itu telah diturunkan pangkatnya menjadi kerani iasa kerana gagal menunjukkan prestasi  yang baik. Inilah yang dikatakan bukit suah menjadi busut.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan?
Maksud
Setiap orang ada masanya berbuat salah.
Contoh ayat
“Saya maafkan kamu. Saya pun pernah berbuat salah seperti itu. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan?” kata Radha.

Burung terbang dipipiskan lada
Maksud
Sudap bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum diperoleh.
Contoh ayat
Haris menempah sebuah rumah besar. Dia mengharapkan keuntungan daripada perniagannya itu. Sikap sebeginilah yang dikatakan orang, urung trbang dipipiskan lada.

Cacing hendak menjadi naga
Maksud
Orang kecil henda kmenyamai orang besar.
Contoh ayat
Kerani yang berlagak sebagai pengurus itu cacing hendak menjadi naga.



Cencaru makan petang
Maksud
Pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil.
Contoh ayat
Kamal baru sahaja menanam anak pokok durian di dusunnya. Dia haris menunggu betahun-tahun lamanya untuk melihat pokok duriannya berbuah. Itulah yang dikatakan cencaru makan petang.

Cepat kaki, ringan tangan
Maksud
Rajin dan cepat bekerja
Contoh ayat
Majikannya sangat saying kepadanya kerana dia capt kaaki, ringan tangan.

Dapat durian runtuh
Maksud
Mendapat keuntungan denga tidak bersusah-payah.
Contoh ayat
Pekerja-pekerja di kilang itu akan mendapat durian runtuh pada akhir tahun ini kerana pihak majikan akan memberikan mereka bonus sebanyak tiga bulan gaji.

Darah setampuk pinang
Maksud
Belum berpengalaman
Contoh ayat
“Darah baru setampuk pinang sedah ehndak menjadi penglima,” kata orang yang mengamuk itu kepada Hang Tuah.



Diam penggali berkarat
Maksud
Ilmu yang disimpan sahaja lama-lama akan hilang juga.
Contoh ayat
Dia terlupa akan cara menggubah hantaran perkahwinan itu kerana sudah lama tidak membuatnya. Benarlah kata orang, diam penggali berkarat.

Diberi betis hendak paha
Maksud
Diberi sedikit lalu handak minta banyak.
Contoh ayat
Sesudah diberikan sebungkus gula, lelaki itu meminta secupak beras pula. Nampaknya lelaki itu sudah diberi betis hendak paha.

Didengar ada, dipakai tidak
Maksud
Nasihat yang dipersia-siakan.
Contoh ayat
Saya tidak akan menasihatinya lagi kerana smeua nasihat itu hanya diengar ada, dipakai tidak.

Di mana semut mati kalau tidak dalam gula
Maksud
Manusia selaluya terperangkap oleh pujuk rayu dan puji-pujian.
Contoh ayat
Dia dalam kesusahan sekarang kerana terpedaya oleh janji-janji kawannya. Benarlah kata orang di mana semut mati kalau tidak dalam gula.



Dipanggang tiada hangus
Maksud
Selamat dalam menepuh berbagai-bagai percubaan.
Contoh ayat
Lalaki itu telah berjaya menempuh pelbagai cubaan untuk menjadi seorang pendekar yang dipanggang tiada hangus.

Direndam tak basah
Maksud
Sesuatu yang sangat sukar dikalahkan.
Contoh ayat
Setahu saya, pasukan hoki sekolah itu sangat handal; kata orang, direndam tak basah.

Disangka panas sampai petang, kiranya hujan tengah hari
Maksud
Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bencana, sehinga jatuh melarat
Contoh ayat
Perniagaan Encik Wafi yang dulunya maju kini merosot dan hampir muflis apabila dia ditipu oleh rakan kongsinya. Inilah yang dikatakan disangka panas sampai petang, kiranya hujan tengah hari.

Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa
Maksud
Orang yang lemah itu tidak berdaya melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah, ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.
Contoh ayat
Iqbal tidak mahu melawan kata-kata Tuan Azim kerana baginya durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa.

Emas berpeti, kerbau berkandang
Maksud
Harta benda harus disimpan baik-baik di tempat masing-masing supaya selamat.
Contoh ayat
Puan Rani menyimpan barang kemasnya di dalam peti besi kerana baginay emas berpeti, kerbau berkandang.

Empat sudah bersimpul satu
Maksud
Kesempurnaan diperoleh daripada empat orang, iaitu orang yang bherilmu, orang yang berakal, orang yang mahir, dan orang yang rajin.
Contoh ayat
Apabila empat sudah bersimpul satu dalam rancangan bersama, sudah pasti rancangan itu akan berjaya dilaksanakan.

Gajah dialahkan oleh pelanduk
Maksud
1.       Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah;
2.       Anak orang bangsawan yang diperisteri oleh orang kabanyakan.
Contoh ayat
Saya tidak menyangka bahawa Rashid akan berkahwin dengan kerabat diraja. Nampaknya gajah dialahkan oleh pelanduk.

Gajah dipandang seperti kuman
Maksud
Orang yang naik marah tidak gentar menentang orang besar walaupun mahupun lawannya.
Contoh ayat
Ongkili tidak gentar untuk menentang budak yang memfitnahnya itu. Kerana terlalu marah gajah dipandang nya seperti kuman.

Gajah mati kerana gadingnya
Maksud
Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.
Contoh ayat
Kerana terlalu yakin akan kecekapannya memandu, dia menyertai pertandingan lumba kereta, tetapi akhirnya dia mendapat kemalangan. Itulah kata orang, gajah mati kerana gadingnya.

Genggam bara api biar sampai jadi arang
Maksud
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayan.
Contoh ayat
Encik Kamal menasihati anaknya supaya tekun belajar sehingga berjaya mendapat segulung ijazah, genggam bara api biar sampai jadi arang.

Gigi dengan ldah ada kalanya tergigit juga
Maksud
Perselisihan sering juga berlaku antara suami isteri, saudara-mara, atau sahabt handai.
Contoh ayat
Perkelahian antara Diana dengan sepupunya itu perkara biasa, maklumlah sahajalah, gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga.

Harga hati hendak peluk gunung, daya tangan tak sampai
Maksud
Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya hendak mencapainya.
Contoh ayat
Naqib teringin hendak melancong ke serata dunia tetapi dia tidak mempunyai wang yang banyak. Ebeginilah kata orang, harga hati hendak p0eluk gunung, apa daya tangan tak sampai.


Harimau mati kerana belangnya
Maksud
Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya
Contoh ayat
Izudin murid yang pintar dan selalu mendapat tempat pertama di dalam kelasnya. Dia telah dipukul oleh sekumpulan murid yang cemburu akan kejayaannya. Benarlah kata orang, harimau mati kerana belangnya.

Hari tidak selamanya panas
Maksud
Untung dan malang silih berganti.
Contoh ayat
“Hari tidak selamanya panas. Oleh sebab itu, janganlah kamu terus bersedih hati kerana kegagalan,” kata Surinder.

Hati hendak semua jadi
Maksud
Jika ada kemahuan, semua perkara dapat dikerjakan.
Contoh ayat
Setelah menempuh pelbagai cabaran, akhirnya dia berjaya mengusahakan tanah yang terbiar itu. Kata orang, hati hendak semua jadi.

Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Maksud
Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.
Contoh ayat
Nabila akan bertanya kepada guru yang mengajarnya jika ada perkara yang tidak difahaminya. Baginya hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.

Hendak terbang tiada sayap
Maksud
Ingin berbuat sesuatu tetpai tidak berdaya.
Contoh ayat
Fardi inign menyertai acara lumba lari itu, tetapi malangnya dia menghidap penyakitr lelah. Begitulah nasib orang yang hendak terbang tiada sayap.

Hilang di amta, di hati jangan
Maksud
Walaupun berjauhan, tetap ingat di hati.
Contoh ayat
Asiah tidak pernak lupa kepada Alia walaupun telah berpindah ke tempat lain. Kata orang, hilang di mata, di hati jangan.

Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari
Maksud
Kebaikan hilang kerana yang sedikit.
Contoh ayat
Nama Kesavan tercemar kerana dia ditangkap ketika ponteng sekolah. Murid-murid dan guru-guru di sekolahnya leka memperkatakan hal itu sehingga mereka terlupa akan kebaikannya selama ini. Itulah kata orang, hilang kemarau setahun oleh hujan sehari.

Indah khabar daripada rupa
Maksud
Perkhabaran yang selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya.
Contoh ayat
Apabila saya melawat ke kawasan rekreasi yang terkenal itu, barulah saya mengetahui bahawa keadaan di situ indah khabar daripada rupa.

Intan berlian jangan dipijakkan
Maksud
Untung bahagia jangan dielakkan
Contoh ayat
“Intan berlian jangan dipijakkan. Oleh sebab itu, janganlah kamu menolak tawaran bekerja di bandar itu,” kata ayah kepada Umairah.

Itik berenang dalam air mati kehausan
Maksud
Menderita kesusahan meskipun banyak mata wang atau berpangkat tinggi.
Contoh ayat
Walaupun mempunyai harta yang banyak, tetapi hartawan itu selalu berasa sedih dan susah keraan mengenagkan nasibnya yang tidak mempunyai anak. Inilah yang dikatakan itik berenang dalam air mati kehausan.

Itik dimandikan takkan basah
Maksud
Orang yang degil tidak akan mendengar nasihat atau ajaran.
Contoh ayat
Walaupun sudah ebrkali-kali dinasihati supaya tidak bertengkar lagi, tetapi budak- budak yang degil itu langsung tidak mendengar nasihat ibu mereka. Benarlah kata orang, itik dimandikan takkan basah.

Jangan berebutkan tembikar pecah
Maksud
Janganlah berkelahi kerana memperebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya.
Contoh ayat
“Liza, Linda, jangan berebutkan tembikar pecah. Bukankah basikal itu sudah buruk dan tak dapat digunakan lagi?” kata Puan Rohani kepada anak-anaknya.

Jangan berludah ke langit’
Maksud
Jangan mengeji ibu bapa atau saudara-mara sendiri.
Contoh ayat
Jangan sekali-kali kita berludah ke langit, kerana perbuatan begitu samalah dengan mengeji diri sendiri.

Jangan diajar orang tua makan kerak
Maksud
Tidak usah diajar orang yang sudah tentu.
Contoh ayat
“Jangan diajar orang tua makan kerak. Maksud saya, janganlah kamu ajar Lamin bermain badminton kerana dia memang selalu mewakili sekolah kita dalam pertandingan badminton,” kata Alif kepada Gunalan.

Jangna merempuh sarang lebah
Maksud
Bahaya jangna dicari-cari.
Contoh ayat
“Lelaki itu kurang siuman. Oleh sebab itu, janganlah kamu mengusiknya. Kat aorang, jangan merempuh sarang lenah,” kata Nabil kepada Ahmad.

Jangan seperti si buta mematahkan tongkat
Maksud
Jangan bermusuh dengna orang yang menolong kita.
Contoh ayat
“Jangan seperti si buta mematahkan tongkat. Budak itulah yang telah menyelamatkan kamu semasa kamu nyaris-nyaris lemas di sungai dulu. Jadi janganlah kamu bermusuh dengannya,” kata Rizal kepada Tan Meng.

Jauhari juga yang mengenal manikam
Maksud
Orang yang bijaksana juga yang dapat melakukan penilaian yang tepat.
Contoh ayat
Bertanayalah kepada orang yang arif tentang hokum agama ini, kerana jauhari juga yang mengenal manikam.

Jauh panggang dari api
Maksud
Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.
Contoh ayat
Celaan yang ditujukan kepada pelajar baharu itu tidak benar; jauh panggang dari api, kerana ternyata dia pelajar yang rajin belajar.

Jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka
Maksud
Menunjukkan kebencian.
Contoh ayat
“Sikap menantu kita itu betul-betul buat saya kecil hati. Kata orang, jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka. Bagitu ketara sekali dia membenci kita, bang,” adu Mak Timah kepada suaminya.

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapa sagunya
Maksud
Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.
Contoh ayat
Kita mesti belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Bak kata orang, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Jika ular menyusur akar, tiada hilang bisanya
Maksud
Orang yang berpangkat atau berdarjat tidak akan hilang darjatnya jika bergaul dengan orang bawahan.
Contoh ayat
Walaupun gadis itu daripada keluarga berdarjat, namun dia selalu beramah-ramah dengan kami. Dia tahu bahawa jika ular menyusur akar, tiada hilang bisanya.

Jong pecah, yu yang kenyang
Maksud
1.       Jika ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat keuntungan daripada kerusuhan itu;
2.       Kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi yang lain.
Contoh ayat
Semakin banyak kereta yang rosak semakin banyaklah keuntungan yang diperoleh oleh pemilik bengkel kereta itu. Itulah kata orang, jong pecah, yu yang kenyang.

Kaduk naik junjung
Maksud
Orang yang hina apabila mendapat pangkat atau kekayaan berbuat mengada-ngada.
Contoh ayat
Sejak menjadi isteri orang kaya itu, perangai Jamilah mula berubah. Dia selalu memarahi dan emnghina pembantu rumahnya sedangkan dia juga berasal daripada keluarga yang miskin. Nampaknya, Jamilah sudah menjadi kaduk naik junjung.

Kalau ada asap, tentu ada api’
Maksud
Jika berlaku sesuatu, tentu ada sebabnya.
Contoh ayat
Tentu ada sebabnya maka dia bermasam muka dengna kamu. Kata orang, kalau ada asap, tentulah ada apinya.

Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Maksud
Seseorang yang berketurunan baik akan tetap baik walau di mana dia berada.
Contoh ayat
Walaupun guru itu baru sahaja berpindah ke kampung ini, namun dia disukai oleh penduduk kampung. Itulah kata orang, kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi
Maksud
Baik buruk seseorang bapa itu sedikit sebnayak turun ke anaknya.
Contoh ayat
Tidaklah mengharinakan kalau Mukhriz ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.

Lain mulut lain di hati
Maksud
Yang dikatakan berlainan dengan yang berada di dalam hati.
Contoh ayat
Karmila mengatakan bahawa lukisan Najwa itu cantic tetapi dalam hatinya dia engatakan bahawa lukisan kawannya itu buruk. Inilah yang dikatakan lain di mulut lain di hati.

Lunak gigi daripada lidah
Maksud
1.       Merendah diri;
2.       Bersikap lemah lembut.
Contoh ayat
Lunak lagi gigi daripada lidahnya apabila dia hendak meminjam sesuatu daripada saya.



Makan hati berulam jantung
Maksud
Bersusah hati kerana perbutaan orang lain yang menyedihkan hati.
Contoh ayat
Mak Leha makan hati berulam jantung oleh sikap anakna, Farid yang suka melawan kata-katanya.

Makin murah, makin menawar
Maksud
Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta.
Contoh ayat
“Sesudah dibelikan motosikal, dia meminta kereta pula. Nampaknya Razak ini makin murah, makin menawar.

Malas menggerit, perut perit
Maksud
Apabila kita malas berusaha, kita akan mendapat kesusahan.
Contoh ayat
Dalam dunia sekarnag, kalau mals menggerit, perut perit, tidak ada sesiapa yang kaan menolong kita.

Menetak dengna belakang parang
Maksud
Menyuruh orang malas bekerja.
Contoh ayat
Mak Esah menyuruh anaknya, Talib yang pemalas itu membantu suaminya di kebun tetap Talib terus menyambung tidurnya. Inilah yang dikatakan menetak dengan belakang parang.



Menjadi kambing hitam
Maksud
Orang yang dipersalahkan dalam sesuatu kejadian.
Contoh ayat
Pihak polis percaya bahawa Kmaran Cuma menjadi kambing hitam dalam kes penculikan anak hartawan itu, sedangkan penculik sebenarnya masih bebas.

Minyak dan air bolehkah bercampur?
Maksud
Tak akan dapat bersatu kerana bermusuhan.
Contoh ayat
Kok Leong dan Chee Seng sudah lama bermusuhan. Mereka tidak mungkin berbaik-baik semula. Bak kata orang, minyak dan air bolehkah bercampur?

Naga ditelan ular lidi
Maksud
Anak orang bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan.
Contoh ayat
Kerabat diraja itu telah berkhawin dengan seorang pemuda kampung. Beginilah yang dikatkaan naga ditelan ular lidi.

Nasi sudah menjadi bubur
Maksud
Sudah terlanjur, tidak dapat diubah lagi.
Contoh ayat
Tiada gunanya kamu menyesali perbuatanmu itu. Sekarang asi sudah menjadi bubur.



Nyamuk mati, gatal tak lepas
Maksud
Menaruh dendam kepad aorang yang berbuat jahat, meskipun yang jahat itu sudah dihukum.
Contoh ayat
Kuldip masih berdendam kepada lelaki yang telah menyebabkan kematian adiknya itu cbiarpun lalki itu sudah menjalani hukuman oenajra. Inilah yang dikatkan, nyamuk mati, gatal tak lepas.

Orang buta diberi bersuluh
Maksud
Melakukan perbuatan yang sia-sia.
Contoh ayat
Menyesal saya menceritakan kisah yang terkandung dalam buku itu kepadanya, kerana daia sudah membacanya. Inilah yang dikatkan orang buta diberi bersuluh.

Orang mengantuk disorongkan bantal
Maksud
Memperoleh sesuatu yang diinginkan.
Contoh ayat
Pelawaannya supaay sya menamaninya pergi ke tempat peranginan itu sangat menggembirakan saya.  Kata orang, orang yang mengantuk disorongkan bantal kerana sudah lama syaa hendak ke sana.

Pancing makan umpan
Maksud
Orang yang kita harapkan berkhianat kepada kita.
Contoh ayat
Anak Datuk Mustaqim telah diculik oleh pemandunya sendiri. Inilah yang dikatakan pancing makan umpan.

Patah kemudi perahu hanyut
Maksud
Sesuatu kaum atau masyarakat apabila hilang pemimpinnya, akan menjadi kucar-kacir.
Contoh ayat
Sejak ketua kampung itu meninggal dunia, banyak maslaah yang timbul di kampung itu. Benarlah kata orang, patah kemudi perahu hanyut.

Patah tumuh hilang berganti
Maksud
Terus-menerus ada gantinya.
Contoh ayat
Cikgu Hayati telah menggantikan Cikgu Yuen yang berpindah ke Melaka. Nampaknya, patah tumbuh hilan berganti.

Pelanduk dua serupa
Maksud
Dua orang yang serupa benar.
Contoh ayat
Wajah kedua-dua adik-beradik kembar itu serupa benar. Inilah yang dikatkaan pelanduk dua serupa.

Pipit hendak menjadi enggang
Maksud
Ingin melakuakan sesuatu yang melebihi kesanggupan.
Contoh ayat
“Gadis itu tidak setaraf dengan kita. Dia anak orang berada. Nanti kita dikatai orang, pipit hendak menjadi enggang,” kata ibu Tanggang.



Rumah buruk disapu
Maksud
Perempuan tua yang suka bersolek.
Contoh ayat
Walaupun Mak Lijah sudah tua, tetapi dia gemar bersolek. Inilah yang dikatakan rumah buruk disapu cat.

Rumah sudah, pahat berbunyi
Maksud
Bersungut tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan.
Contoh ayat
Walaupun majlis perkahwinan itu sudah selesai, namun masih ada orang yang bercakap-cakap mengenainya. Itulah kata orang, rumah sudah, pahat berbunyi.

Sambil menyelam minum air
Maksud
Membuat dua kerja seklai gus.
Contoh ayat
Sambal belajar, Ani bekerja sambilan untuk membiayai pengajiannya. Kata orang, sambal menyelam minum air.

Sampah itu di tepi juga
Maksud
Orang yang hina seringkali tidak diendahkan orang.
Contoh ayat
Orang ramai yang laku-lalang di jaaln itu langsung tidak mengendahkan pengemis itu. Maklumlah sampah itu di tepi juga.


Sarang tebuan jangan dijolok
Maksud
Jangan sengaja mencari kesusahan.
Contoh ayat
Bapa melarang kami campur tangan dalam perkelahian antara budak-budak itu. Kata bapa, sarang tebuan jangan dijolok, kelak diri sendiri binasa.

Sebab mulut leher terjerat
Maksud
Kecelakaan yahng timbul kerana percakapan
Contoh ayat
Lelaki itu dipukul kerana suak membuat fitnah. Inilah yang dikatakan sebab mulut leher terjerat.

Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
Maksud
Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan.
Contoh ayat
Nama Encik Ah Kit tercemar kerana dia didapati bersalah menerima rasuah. Masyarakat leka memperkatkaan kesalahannya itu sehingga mereka terlupa akan ajsa-jasanya selama ini. Itulah kata orang, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

Sebelum ajal berpantang mati
Maksud
Tidak akan mati sebelum sampai waktunya yang ditentukan oleh Tuhan.
Contoh ayat
Walaupun kemalangan itu sangat dahsyat, namun pemandu kereta itu masih dapat diselamatkan. Inilah yang dikatakan sebelum ajal berpantang mati.


Sediakan payung sebelum hujan
Maksud
Berjaga-jaga sebelum kita mendapat bencana.
Contoh ayat
Sebelum memulakan perjalanan itu, dia memastikan bahawa kereanya dalam keadaan selamat. Baginya lebih baik sediakan payung sebelum hujan.

Segan bertanya sesat jalan
Maksud
Orang yang tidak mahu bertanya apabila menghadapi masalah akan mendapat kesusahan akhirnya.
Contoh ayat
Kerana tidak mahu bertanya, akhirnya Helmi dan Wahab tersalah jalan semasa mencari rumah Ana. Kata orang, segan bertanya sesat jalan.

Selama hayat dikandung badan
Maksud
Selama masih hidup.
Contoh ayat
Selama hayat dikandung badan, Nasrul berjanji untuk membantu keluarganya di kampung.

Sudah jatuh ditimpa tangga
Maksud
Ditimpa bencana berturut-turut.
Contoh ayat
Pada minggu lalu keluarganya terlibat dalam kemalangan; semlaam mereka kecurian pula. Beginilah kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga.

Ukur baji di badan sendiri
Maksud
Melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan diri sendiri.
Contoh ayat
Sebelum kamu menyertai pertandingan itu, ukur baju di badan sendiri





























BANDINGAN

Adil laksana hakim
Contoh ayat
Ayah tidak pernah membeza-bezakan kami adik-beradik. Layanan yaah terhadap kami adil laksana hakim.

Angkuh seperti merak
Contoh ayat
Kita akan dibenci oleh masyarakat jika kita besikap angkuh seperti merak.

Baik seperti malaikat
Contoh ayat
Haji Daud bukan sahaja pemurah malah dia baik seperti malaikat.

Bebas seperti burung
Contoh ayat
Sejak dibebaskan dari pusat tahanan itu, dia berasa bebas seperti burung.

Becok seperti mulut murai
Contoh ayat
Sejak dari tadi lagi Zarina mengomeli anaknya. Mulutnya becok seperti mulut murai.

Berani seperti singa
Contoh ayat
Komando-komando itu berani seperti singa.


Besar seperti gajah
Contoh ayat
Siew Lim kuat makan, tidak hairanlah jika badannya besar seperti gajah.

Bijak seperti pendeta
Contoh ayat
Kita mestilah rajin membaca buku jika ingin menjadi bijak seperti pendeta.

Bodoh seperti lembu
Contoh ayat
Budin menurut apa-apa sahaaj yang diperuntukkan oleh orang lain. Dia intu bodoh seperti lembu.

Bulat seperti bola
Contoh ayat
Dunia ini bulat seperti bola.

Busuk seperti bangkai
Contoh ayat
Sampah sarap yang berlonggok itu berbau busuk seperti bangkai.

Cantik seperti bidadari
Contoh ayat
Banyak lelaki yang terpikat kepada gadis yang cantik seperti bidadari itu.

Cepat seperti kilat
Contoh ayat
Tidak ada sesiapa pun yang dapat mencabar Ali berlari kerana larinya cepat seperti kilat.
Cerah seperti siang
Contoh ayat
Keadaan di pesta pada malam itu cerah seperti siang.

Cerdik seperti kancil
Contoh ayat
Dia akhirnya dapat memperdaya penjaaht itu. Dia cerdik seperti kancil.

Degil seperti keldai
Contoh ayat
Segala nasihat Murni tidak dipedulikan oleh adiknya yang degil seperti keldai itu.

Gagah seperti gergasi
Contoh ayat
Hero dalam filem itu gagah seperi gergasi. Kereta yang berat itu terangkat olehnya.

Garang seperti singa
Contoh ayat
Ibu tirinya garang seperti singa.

Gebu seperti kapas
Contoh ayat
Kek pandan itu gebu seperti kapas.

Gelap seperti malam
Contoh ayat
Kami tidak dapat melihat apa-apa di dalam bilik itu kerana keadaannya gelap seperti malam.
Gelojoh seperti langau
Contoh ayat
“Jangan gelojoh speeti langau, nanti ketulangan,” pesan nenek ketika kami sedang makan.

Gemuk seperti badak
Contoh ayat
Aidi tidak kuat berlari kerana dia gemuk speerti badak.

Halus seperti kuman
Contoh ayat
Tulisannya tidak dapat dibaca kerana halus seperti kuman.

Harum seperti bunga
Contoh ayat
Bedak yang dipakai oleh kakak berbau harum seperti bunga.

Hijau speerti rumput
Contoh ayat
Permaidani di ruang tamu itu hijau seperti rumput.

Hina seperti kucing kurap
Contoh ayat
Orang ramia memandang pengemis itu hina seperti kucing kurap.

Hitam seperti arang
Contoh ayat
Kulitnya hitam seperti arang kerana dia bekerja di tengah panas setiap hari.
Ikal seperti mayang
Contoh ayat
Rambut gadis itu ikal seperti mayang.

Jahat seperti hantu
Contoh ayat
Semua kawan Dolah tidka suka akan perangninya yang jahat seperti hantu.

Jernih seperti cermin
Contoh ayat
Kami dapat melihat ikan-ikan berenang di dalam tasik itu kerana airnya jernih seperti cermin.

Kaku seperti mayat
Contoh ayat
Berita itu memeranjatkan Mak Limah. Secara tiba-tiba tubuhnya enjadi lemah dan kaku seperti mayat.

Keras seperti batu
Contoh ayat
Buah jambu itu keras seperti batu.

Kuat seperti guruh
Contoh ayat
Bunyi letupan yang kuat seperti guruh itu memeranjatkan kami.

Kuning seperti kunyit
Contoh ayat
Warna kain itu kuning seperti kunyit.
Kurus seperti lidi
Contoh ayat
Sejak jatuh skait, badan Kim Leong kurus seperti lidi kerana dia tidak lalu makan.

Lambat seperti kura-kura
Contoh ayat
Ramesh sering ditinggalkan oleh kawan-kawannya kerana dia berjalan lamabt seperti kura-kura.

Lembut seperti sutera
Contoh ayat
Kain itu lembut seperi sutera.

Lait seperti getah
Contoh ayat
Daging yang belum emouk itu liat seperti getah.

Ligat seperti gasing
Contoh ayat
Penari-penari itu menari ligat speerti gasing.

Licin seperti belut
Contoh ayat
Semua orang tkaut melalui titi yang licin seperti belut itu.

Luas seperti lautan
Contoh ayat
Sawah padi yang luas seperti lautan itu kepunyaan Haji Embung.
Mahal seperti berlian
Contoh ayat
Harga pakaian di butik itu mahal seperti berlian.

Malas seperti keldai
Contoh ayat
Azhar malas seperti keldai. Sebgaai akibatnya dia sering gagal dalam ujiannya.

Manis seperti gula/madu
Contoh ayat
Gadis itu tersenyum manis seperti gula/madu.

Masam seperti cuka
Contoh ayat
Mukanay masam seperti cuka sebagai akibat dimarahi oleh ayahnya.

Masin seperti garam
Contoh ayat
Rasa gulai itu masin seperti garam.

Merah seperti darah
Contoh ayat
Suara dibuanita itu merdu bagai buluh perindu.

Pahit seperti hempedu
Contoh ayat
Ubat kampung itu pahit seperti hempedu.
Panas seperti api
Contoh ayat
Ramesh demam. Badannya panas seperti api.

Pucat seperti mayat
Contoh ayat
Dia menghidap demam denggi. Mukanya pucak seperti mayat.

Putih seperti kapas
Contoh ayat
Pakaian pengantin itu putih seperti kapas.

Rajin seperti semut
Contoh ayat
Kita perlu mencontoh pekerja yang rajin seperti semut itu.

Ringan seperti kekabu
Contoh ayat
Adik bukan sahaja kurus bahkan rungna seperti kekabu.

Sejuk seperti salji
Contoh ayat
Suasana di puncka bukit itu sejuk seperti salji.

Sibuk seperti lebah
Contoh ayat
Maidin tidak jemu-jemu melayan pelanggan yang datang ke gerainya. Dia sentiasa sibuk seoerti lebah.
Tajam seperti sembilu
Contoh ayat
Lembing hulubalang itu tajam seperti lembing.

Tinggi seperti galah
Contoh ayat
Pelancong dari Australia itu tinggi seperti galah.

Zalim seperti Firaun
Contoh ayat
Raja yang zalim seperti Firaun itu dibenci oleh rakyat.
















KATA-KATA KHIDMAT

Bahasa menunjukkan bangsa
Maksud
Daripada pertuturan seseorang dapat kita ketahui jenis dan keturunannya.
Contoh ayat:
Bertuturlah dengan sopan santun kerana bahasa menunjkkan bangsa.

Berkata benarlah walaupun kebenaran itu menyakitkan
Maksud
Berterus teranglah walaupun kebenaran itu mendatangkan mudarat kepada diri sendiri ataupun orang lain.
Contoh ayat
Murid itu mengaku bahawa dialah yang memecahkan tingkap itu. Dia bersedia dihukum kerana baginya berkata benarlah walaupun kebenaran itu menyakitkan.

Bersatu teguh, bercerai roboh
Maksud
Kalau kita bersatu padu kita akan menjadi kuat, sebaliknya kalau kita bercerai-cerai kita akan lemah.
Contoh ayat
“Bermula dari sekarang marilah kita bekerjasama membanteras jenayah yang semakin berleluasa di tempat ini. Kata orang, bersatu teguh, bercerai roboh,” kata Encik Amran.

Bersekutu bertambah mutu
Maksud
Bekerjasama antara satu dengan yang lain dalam melaksanakan sesuatu yang akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
Contoh ayat
“Kalian harus bantu-membantu antara satu dengna yang lain untuk mengurus kecai koperasi yang baru dirasmikan pembukaannya ini, kerana bersekutu bertambah mutu,” kata cikgu Kamaruddin kepada pelajar-pelajar itu.

Bertangguh itu pencuri masa
Maksud
Melakukan kerja dengna bertangguh akan merugikan diri sendiri.
Contoh ayat
Nurlia menyiapkan kerja yang disuruh oleh ibunya dengna segera supaya dia dapat menyiapkan kerja sekolah pula. Dia tidak suka menangguhkan kerja kerana bertangguh itu pencuri masa.

Biar lambat asalkan selamat
Maksud
Jangan terburu-buru mengambil tindakan, sebaliknya merancanglah dengna baik sebelum melasanakan sesuatu.
Contoh ayat
Amin telah merancang perniagaannya itu dengna berhati-hati sekali sebelum memulakannya. Dia tidka mahu menanggung kerugain seperti dialami oleh rakannya, Selvam. Baginya biar lambat, asalkan selamat.

Hidup ini suatu perlumbaan
Maksud
Dalam kehidupan sehari-hari, kita terpaksa menghadapi pelbgai cabarna dan berlumba-lumba.
Contoh ayat
‘Hidup ini suatu pelrumbaan. Oleh sebab itu, kita harus bertindak secara bijaksana untuk mencapai kemenangan,” kata Cikgu Hamid kepada pelajar-pelajarnya.

Hilang bangsa, lenyaplah bangsa
Maksud
Jika sesuatu bahasa pupus, maka bangsanya akan pupus juga.
Contoh ayat
Bahasa umpama nadi sesuatu bangsa. Jika hilang bahasa, lenyaplah bangsa. Oleh sebab itu, kita harus mengutamakan dan mencintai bahasa kita.

Ilmu pelita hidup
Maksud
Ilmu pengetahuan merupakan sinar yang dapat memberikan panduan kepada kehidupan manusia.
Contoh ayat
Dengan ilmu yang ada padanya, dia berjaya mengatasi setiap masalah dengan tenang. Benarlah kata orang tua-tua, ilmu pelita hidup.

Kata dikotakan
Maksud
Janji atau kata-kata yang diberikan hendaklah ditunaikan.
Contoh ayat
Walaupun hujan lebat, namun Johan menunaikan janji untuk pergi menemui Malik kerana baginya kata dikotakan.

Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang
Maksud
Kata-kata yang pedas menyinggung perasaan atau menghiris perasaan seseorang.
Contoh ayat
Salma menangis apabila Zul menghinanya di hadapan kawan-kawan. Kata-kata Zul itu lebih tajam daripada mata pedang sehinga menyayat hati Salma.

Keadilan tidak mengenal kawan
Maksud
Dalam mengadili sesautu  perkara, kita mesti bersikap adil. Yang bersalah tetap bersalah walaupun dia rakan karib kita.
Contoh ayat
“Walaupun kamu sahabatku, namun aku terpaksa melaporkan kesalahan kamu kepada guru disiplin; keadilan tidak mengenal kawan,” kata Alimin.

Kita harus memberi dan menerima
Maksud
Kita harus mempunyai sikap bertolak ansur dan bantu-membantu antara satu dengna yang lain.
Contoh ayat
“Dalam melaksanakan projek ini, kita tidak boleh mementingkan diri sendiri sahaja. Sebaliknya, kita harus memeberi dan menerima dalam meneyelesaikan masalah,” kata ketua pengakap itu.

Masa itu emas
Maksud
Masa sangat berharga
Contoh ayat
“Belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan bazirkan masa, kerana masa itu emas. Gunakanlah masa yang terluang ini untuk mengulang kaji pelajarna. Lagipun peperiksaan sudah semakin hamper,” kata Abang Halim kepada Borhan.

Memandu cermat, jiwa selamat
Maksud
Berhati-hati semasa memadnu kenderaan supaaya berhati-hati semasa memandu di jalan raya. “Memandu cermat, jiwa selamat,” katanya.

Membaca itu jambatan ilmu
Maksud
Ilmu pengethauan dapat ditingkatkan melalui pembacaan.
Contoh ayat
Para pelajar digalakkan ke perpustakaan untuk membaca buku-buku yang bermutu kerana membaca itu jambatan ilmu.

Muafakat itu berkat
Maksud
Sesuatu kerja yang dilakukan melalui persetujuan bersama kaan mendatangkan hasil yang baik.
Contoh ayat
Sebelum menjalankan rancangannya hendak memajukan kampung, penghulu itu berbincang dengan anak buahnya dulu. Dia yakin bahawa muafakat itu berkat.

Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat
Maksud
Dengan kesihatan yang baik, seseirang itu mampu mengemukanakan fikiran ayng bernas.
Contoh ayat
Jururawat itu menasihati ibu-ibu supaya memberikan makanan yang berzat kepada anak-anak mereka kerana otak yang cerdas ada pada  badan yang sihat.

Rajin dan usaha tangga kejayaan
Maksud
Sifat rajin dan bersungguh-sungguh akan menghasilkan kejayaan.
Contoh ayat
Zainal terus berusaha dan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang kerana dia yakin bahawa rajin dan usaha tangga kejayaan.

Yang lahir memperlihatkan yang batin
Maksud
Perbuatan atau kelakuan menunjukkan sifat atau perasaan yang tersebunyi.
Contoh ayat
Encik Kamarul selalau memberikan batuna kewangan kepada golongna yang susah. Kami percaya bahawa dia memiliki hati yang mulia kerana yang lahir itu memperlihatkan yang batin.



15 comments:

  1. Hi thank you for your very helpful blog

    ReplyDelete
  2. Do you understand there's a 12 word sentence you can tell your partner... that will trigger deep feelings of love and impulsive appeal to you deep within his chest?

    Because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, cherish and care for you with his entire heart...

    12 Words That Fuel A Man's Desire Instinct

    This instinct is so built-in to a man's brain that it will drive him to try harder than ever before to do his best at looking after your relationship.

    As a matter of fact, fueling this powerful instinct is so binding to having the best ever relationship with your man that the instance you send your man one of these "Secret Signals"...

    ...You'll soon find him expose his mind and heart to you in such a way he's never expressed before and he will perceive you as the only woman in the world who has ever truly tempted him.

    ReplyDelete
  3. Hai, harap maklum...terdapat banyak kesalahan ejaan dalam blog ini...harap dapat diperbetulkan semula sebelum kesalahan itu digunakan oleh orang lain terutamanya kepada para murid sekolah...

    ReplyDelete
  4. Hai, terima kasih sangat saya ucapkan
    Rujukan ini sangat membantu saya dalam pelajaran <3

    ReplyDelete
  5. Thank for everithing
    this blog is helping me very much tq

    ReplyDelete
  6. Ada tak peribahasa tentang ular manyusur akar tidak akan hilang bisanya

    ReplyDelete
  7. Ada tak peribahasa tentang ilmu kunci kehidupan

    ReplyDelete
  8. ada tak peribahasa (bagai minyak dengan air)

    ReplyDelete
  9. ada tak maksud peribahasa umapan habis ikan tak dapat

    ReplyDelete