UNIT 3: PENGANGKUTAN ALAF INI
Karangan
Berdasarkan Bahan Rangsangan (1)
Lihat
gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang manfaat
menggunakan pengangkutan awam. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.
Mengurangkan
kesesakan
Mengurangkan
pencemaran
Memudahkan
perjalanan
Menjimatkan
masa
TOPIK: PENGANGKUTAN AWAM
ARAHAN: PERANAN KERAJAAN DAN KEPENTINGAN
Era
pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang seba mencabar akal dan minda telah
menyumbang kepada faktor perubahan sistem pengangkutan awam secara drastik.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengangkutan awam dapat ditakrifkan sebagai
sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang digunakan
oleh orang ramai di Kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah
ditetapkan. Antara tamsilan pengangkutan awam yang selalu digunakan oleh
pengguna ialah bas, teksi, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), ERL (Express
Rail Link), monorel, komuter dan akapl terbang sememangnya, kerajaan memainkan
perana yang dignifikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam di negara
kita.
ISI (1) MEMASTIKAN JADUAL PERJALANANA
DILAKSANAKAN DENGAN BAIK
Antara
peranan yang boleh dimainkan oleh pihak kerajaan ialah memastikan jadual
pengangkutan awam dilaksanakan dengan baik, cekap dan berkesan. Hal ini
demikian kerana, kebanyakan warga kota metropolitan sering merungut dan tidak
berpuas hati dengan sistem pengangkutan di negara kita terutamanya bas Rapid.
Bayangkan sahaja, ada penumpang bas terpaksa menunggu hampir dua jam lamanya
namun bas yang ditunggu-tunggu tidak sampai juga. Impaknya, urusan perniagaan
dan urusan peribadi akan terganggu dan boleh memberi kesan buruk kepada
pembangunan negara. Oleh itu, kerajaan sepatutnya peka dan prihatin dengan
memastikan jadual perjalanan pengangkutan awam dipatuhi dan disemak dari masa
ke masa. Meskipun, tidak dapat dinafikan scenario bas yang ditunggu lewat
sampai adalah disebabkan masalah kesesakan lalu lintas, namun kerajaan hendaklah
memikirkan alternative yang bijak demi kesejahteraan orang awam. Misalnya,
kerajan perlu memberi subsidi kepada syarikat bas untuk menambahkan lagi
bilangan bas bagi satu-satu prjalanan supaya penumpang tidak menunggu terlalu
lama. Tegasnya, keprihatinan yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan sedikit
sebanyak dapat memberinafas baharu kepada warga kota yang sering dihambat
dengan kkesuntukan masa dan bebanan kerja.
Meskipun
bilangan bas ditambah, namun pertambahan bilangan pengangkutan awam masih belum
dapat menyelesaikan kemelut ini sekiranya bas-bas yang ada terpaksa berkongsi
Lorong atau laluan yang sama dengan kenderaan persendirian. Malah, keadaan akan
menjadi lebih buruk sekiranya laluan ini digunakan serentak pada waktu puncak
iaitu ketika masyarakat kota keluar mencari rezeki dan pulang dari tempat krja.
Oleh hal yang demikian Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Kerja Raya (JKR)
hendaklah melakukan kolaboratif dengan menambah Lorong atau laluan untuk bas
dan melebarkan jalan raya yang sedia ada bagi menampung bilangan kenderaan yang
semakin bertambah saban tahun. Selain itu, kerajaan juga hendaklah memastikan
polis trafik ditugaskan di Lorong-lorong bas utama terutamanya pada waktu
puncak bagi menghalang mana-mana kenderaan persendirian yang cuba menggunakan laluan
atau Lorong bas. Larangan ini wajar dibuat kerana terdapat segelintir rakyat
Malaysia yang mementingkan diri sendiri semata-mata hendak sampai awal ke
tempat kerja sehingga orang lain menjadi mangsa. Tegasnya, usaha untuk
melebarkan jalan dan menambahkan laluan bas merupakan prakarsa yang efektif
bagi menangani masalah pengangkutan awam yang sudah lama menghantui rakyat
Malaysia.
ISI (3) BANYAKKAN PROJEK-PROJEK MEGA
Seterusnya,
Kementerian Pengangkutan hendaklah menggunakan peruntukan yang ada untuk menaik
taraf sistem pengangkutan di negara kia. Projek-projek mega amatlah diperlukan
supaya sistem pengangkutan di negara kita bertambah efisien dan sistematik.
Sebagai contoh, kerajaan sewajarnya menambahkan laluan LRT di Kawasan
perumaahan yang padat dengan penduduk terutamanya di sekitar Lembah Klang
seperti Daerah Gombak, Cheras dan lain-lain. Hal ini membolehkan penduduk
mempunyai banyak pilihan sama ada menggunakan bas, komuter, MRT dan LRT. Dengan
kata lain, projek-projek mega yang menelan jutaan ringgit perlulah disegerakan
supaya rakyat dapat bekerja dan pada masa yang sama menikmati kemudahan
pengangkutan yang disediakan oleh kerajaan. Bayangkan sahaja, apabila seorang
penumpang bas terpaksa menggunakan 3 buah bas untuk pergi ke tempat kerja
gara-gara ketiadaan kemudahan LRT atau komuter di Kawasan perumahannya.
Sudahlah banyak masa terbuang, badan pula penat dan tekanan di tempat kerja
juga mendorong berlakunya maslaah mental dan sakit jiwa dalam kalangan warga
kota. Oleh itu, kerajaan hendaklah memastikan projek-projek mega seperti
Pembinaan Terminal Bersepadu Tasik Selatan (TBS) dan pembinaan Pudu Sentral
membawa kemaslahatan kepada masyarakat awam bukannya merugikan pendapatan
negara.
Karangan
Respon Terbuka (1)
Perkhidmatan
awam merupakan nadi kehidupan masyarakat kota. Hal ini dikatakan demkian
kerana, pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan dan memudahkan
perjalanan seseorang ke destinasi yang hendak dituju. Oleh itu, sistem pengangkutan
awam perlu dinaik taraf agar memudahkan perjalanan setiap warga kota.
Bincangkan
peranan yang perlu dijalankan oleh kerajaan untuk meningkatkan mutu
pengangkutan awam di negara kita.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN PENGANKUTAN AWAM
ISI (1) MENGURANGKAN KESESAKAN
Pada
relaitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat perlu menggunakan
pengangkutan awam agar dapat mengurangkan kesesakan lalu linas terutamanya di
ibu kota atau bandar-bandar besar yang lain. Kesesakan lalu lintas yang berlaku
pada waktu puncak adalah disebabkan sikap rakyat Malaysia yang lebih gemar
menggunakan kenderaan sendiri terutamanya ketika ingin menuju ke tempat kerja.
Di samping itu, mereka kebiasaannya bersikap bagai enau di dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing ketika berada di jalan raya. Oleh hal yang
demikian, persepsi negative umum yang menganggap bahawa pengangkutan awam
seperti bas sebagai pengangkutan bagi golonan miskin haruslah diubah. Malah,
pengguna akan menikmati pengurangan kesesakan lalu linas daripada perkhidmatan
Bus Expressway Transit (BET), Bus Rapid Transit (BRT) dan Lorong Bas kerana
pengangkutan awam ini mempunyai jumlah hentian yang terhad dan laluan khas di
Kawasan tol bagi melancarkan perjalanan. Secara implisitnya, kekurangan
kenderaan persendirrian di jalan raya dapat dikurangkan sekali gus.
ISI (2) MEMUDAHKAN PERJALANAN
Selain
itu, pengangkutan awam juga akan memudahkan perjalanan seseorang ke sesuatu
tempat. Dengan adanya pengangkutan awam seperti ERL dan LRT, sistem
pengangkutan yang lebih efisien berbanding dengan kenderaan persendirian dapat
diwujudkan tambahan pula banyak tempat di ibu kota termasuk dalam jaringan
pengangkutan awam tersebut. Perkara ini sekali gus dapat meningkatkan kadar
ketepatan atau kepantasan seseorang ke sesuatu destinasi kerana pengangkutan
awam ini mempunyai laluan atau rel yang tersendiri berpandukan jadual
perjalanan yang telah ditetapkan. Impaknya, orang ramai dapat merancang
perjalanan mereka dan membuat persediaan awal persis peribahasa Melayu
“sediakan payung sebelum hujan”.
Pengangkutan
awam sebenarnya mempunyai perkaitan yang amat kuat dengan pembinaan bandar
lestari atau bandar hijau malah mengurangkan pencemaran alam. Mahu atau tidak,
pengangkutan awam akan menjadi nadi penting dalam memperkasakan bandar yang
bersih dan mampu mengurangkan korban atau has beracun di Kawasan bandar. Kawasan
bandar yang kurang kenderaan persendirian bermaksud korban yang dilepaskan
semakin kurang. Pengangkutan awam seperti monorel, LRT dan ERL ialah kenderaan
awam yang mesra alam kerana tidak mengeluarkan asap sebaliknya digerakkan
dengan menggunakan tenaga elektrik. Sebaliknya, kenderaan persendirian seperti
kereta atau motosikal terbukti menyebabkan pencemaran udara dan pencemaran bunyi.
Izharlah bahawa sitem pengangkutan awam yang moden dan mesra alam di negara
kita mampu melesarikan alam sekitar seterusnya pencemaran udara tidak akan
menjadi masalah lagi.
ISI (4) MENJIMATKAN MASA
Penggunaan
pengangkutan awam juga dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. Sebagai
contohnya, ERL dapat memendekkan masa perjalanan jika dibandingkan dengan
penggunaan kereta. Tambang pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga amat
berpatutan jika dibandingkan dengan masa perjalanannya yang telah disingkatkan.
Oleh itu, jika dibandingkan antara pengangkutan awam dengan kenderaan biasa,
masyarakat akan mendapat menfaat sekiranya menggunakan pengangkutan awma. Harga
petrol yang tidak menentu di pasaran global telah memberikan impak yang
negative kepada rakyat yang menggunakan kenderaan peribadi. Oleh hal yang
demikian, anyak perbelanjaan boleh dijimatkan sekiranya orang ramai menggunakan
pengangkutan awam.
PERENGGAN PENUTUP
Intihanya,
pengangkutan awam mendatangkan banyak kemaslahatan jika hendak dibandingkan
dengan penggunaan kenderaan persendirian. Jadi, kita perlulah menyokong langkah
kerajaan yang menggalakkan penggunaan pengangkutan awam melalui kempen ‘kongsi
kereta’ untuk ke tempat kerja. Pihak kerajaan juga hendaklah memainkan peranan
yang vial dengan menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia agar
standing dengan negara-negara gergasi yang lain bak kata pepatah “duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi”. Sesungguhnya, kemajuan dlaam pengangkutan awam
yang disokong sepenuhnya oleh rakyat Malaysia akan dapat meningkatkan kualiti
hidup dan kesejahteraan insan seiring dalam memenuhi aspirasi engara menjelang
pencapaian Wawasan 2020.
In this manner my buddy Wesley Virgin's report begins in this shocking and controversial video.
ReplyDeleteAs a matter of fact, Wesley was in the military-and soon after leaving-he discovered hidden, "mind control" tactics that the CIA and others used to get everything they want.
As it turns out, these are the same secrets lots of famous people (notably those who "come out of nothing") and top business people used to become wealthy and famous.
You probably know how you only use 10% of your brain.
That's really because most of your BRAINPOWER is UNCONSCIOUS.
Perhaps this conversation has even occurred INSIDE OF YOUR own mind... as it did in my good friend Wesley Virgin's mind seven years ago, while riding a non-registered, trash bucket of a vehicle without a license and with $3 on his bank card.
"I'm very frustrated with living check to check! When will I get my big break?"
You've taken part in those conversations, right?
Your own success story is waiting to start. You need to start believing in YOURSELF.
WATCH WESLEY SPEAK NOW
Karangan pendahuluan tentang "pendapat anda tentang kemudahan yang disediakan di jalan raya"
ReplyDelete