MENULIS PENDAHULUAN
Tulis
perenggan pendahuluan jenis definisi
berdasarkan yang berikut dengan berpandukan kerangan yang diberikan.
Penglibatan
kerajaan yang begitu serius dalam bidang industry bertujuan untuk memantapkan
ekonomi negara. Dalam waktu yang sama, sector pertanian tidak diabaikan.
Berdasarkan pernyataan berikut, berikan pendapat anda.
Pendahuluan Jenis Definisi
Perindustrian bolehlah
disimpulkan sebagai perihal pekerjaan yang dilakukan secara besar-besaran untuk
menghasilkan sesuatu barangna. Manakala pertanian pula membawa maksud perihal
pekerjaan bercucuk tanam untuk menghasilkan sesuatu hasil pertanian. Dalam
usaha kerajaan memantapkan ekonomi negara, sejak 1970-an lagi, kerajaan begitu
serius dalam memberikan tumpuan terhadap sector perindustrian. Apatah lagi
dalam era Dunia Tanpa Sempadan, kepentingan perindustrian tidak dipertikaikan
lagi, kerana tanpa menumpukan kepada sector ini, negara akan ketinggalan dalam
serba-serbi, ekonomi pula boleh merudum. Walaupun begitu, sector pertanian
tidak sesekali kerajaan abaikan. Kita tidak wajar bergantung sumber makanan
kepada negara luar, sedangkan tanah di bumi bertuah ini amat subur.
Tulis
perenggan pendahuluan jenis pendapat
berdasarkan soalan yang diberikan.
Dasar
Pandang ke Timur telah Berjaya melahirkan pelajar berkemahiran, berbudaya, dan
berketerampilan. Saban tahun ratusan pelajar telah dihantar belajar dan
mengikuti kursus di Jepun. Pada pandangan anda, apakah sebab-sebabnya kerajaan
meneruskan usaha tersebut?
Pendahuluan Jenis Pendapat
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
membelanjakan sekitar RM100 ribu bagi setiap penuntut yang melanjutkan
pelajaran ke university-universiti negara Jepun di bawah program Rancangan
Persediaan Khas Jepun, Universiti Malaya. Menurut Khairuddin Md Yunus, Ketua
Penolong Pengarah, Unit Pandang ke Timur JPA, bantuan kewangan itu disalurkan
dalam bentuk biasiswa selama empat tahuan pengajian di Negara Matahari Terbit
itu. Bagi sesi pengambilan 2001/2001, seramai 160 pelajar lepasan SPM telah
terpilih mengikuti program ini dan mereka merupakan kumpulan ke-20. Menurutnya,
penuntut diberikan wang saku sebanyak RM70.00 sebulan, kemudahan asrama, dan
makanan. Bagi tempoh 2000 hingga 2008, kerajaan telah memperuntukkan wang
sebanyak RM450 juta. Walaupun pelaajr ditaja oleh JPA, tetapi apabila pulang
kelak, boleh bekerja di sector swasta.
Tulis
perenggan pendahuluan jenis suasana
berdasarkan soalan yang diberikan.
Masalah
disiplin di kalangan pelajar begitu membimbangkan. Pelbagai kes salah saku yang
berlaku sejak akhir-akhir ini telah membimbangkan masyarakat. Sebagai rakyat
yang prihatin, tulis sebuah rencana tentang masalah salah laku pelajar dan
terangkan cara-cara membendung maslaah tersebut.
Pendahuluan Jenis Suasana
Baru-baru ini kita dikejutkan
dengan pembunuhan seorang murid berusia tujuh tahun yang dilakukan oleh pelajar
berusia 13 tahun. Sebelum itu, kita dilaporkan tentang kejadian sebuah sekolah
di Shah Alam dan Rawang yang dibakar. Dalam kejadian lain di Kota Tinggi, rumah
sewa bekas guru disiplin hamper-hampir dibakar oleh pelajar yang tidak berpuas
hati terhadap tindakan guru tersebut. Remaja yang masih bersekolah juga
dilaporkan terbabit dalam pengedaran VCD lucah, memeras ugut, dan pengedaran
pil Ecstasy. Apabila sesuatu berita itu disiarkan oleh media massa, masyarakat
begitu terkejut, gempar, dan mahu pihak kerajaan menangani masalah itu. Tetapi
sebulan dua, suasana menjadi dingin semula, seperti maslaah tersebut tidak
pernah berlaku. Sikap menuding jari, tanpa menyedari satu jari lagi enuding ke tubuh
sendiri haruslah dibuang. Semua pihak; pemimpin, masyarakat, keluarga, guru dan
pelajar sendiri harus bertanggungjawab terhadap masalah ini.
Tulis
perenggan pendahuluan jenis persoalan
berdasarkan soalan yang diberikan.
Remaja hari
ini begitu megah menggunakan kad kredit. Walaupun mempunyai wang tunai, mereka
lebih gemar menggunakan kad plastic itu. Tuliskan ulasan terhadap fenomena ini.
Pendahuluan Jenis Persoalan
Mengapa menggunakan kad kredit?
Tanpa kad kredit, apakah diri akan dituduh ketinggalan zaman? Jika orang dewasa
menggunakan kad kredit, bukanlah sesuatu yang pelik, tetapi bagi remaja yang
baru bekerja atua masih menuntut menggunakan kad kredit, memang membimbangkan
kita. Mungkin mereka menganggap kad kredit lambing prestij, selain mudah kerana
tidak perlu membawa wang tunai yang banyak. Tetapi persoalannya, benarkah kad
kredit lambing manusia berprestij atau sebenarnya mereka ingin menunjukkan
kemegahan sebagai manusia “berwang” walaupun sebenarnya akaun simpanan kosong?
Sebenarnya kita bangga jika remaja kita menjadi manusia yang berkerjaya,
berwang, mahu bersaing dengan orang lain, dan tidak mahu diri diperkecil oleh
orang lain. Sikap tersebut memang baik jika ada dalam diri, tetapi apakah kad
kredit harus diberi keutamaan atau menjadi agenda utama hidup remaja?
Tulis
perenggan pendahuluan jenis sejarah
berdasarkan soalan yang diberikan.
Perpaduan
di kalangan kaum di Malaysia boleh dipupuk jika masyarakat menyedari
tanggungjawba masing-masing. Pelbagai usaha perlu dilakukan agar perpaduan kaum
di negara kita dapat diperteguh. Berikan pendapat anda mengenai pernyataan
tersebut.
Pendahuluan Jenis Sejarah
Teriakan “Merdeka” oleh Tunku
Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 memberi makna yang besar kepada kita. Untuk
memaknakakn kemerdekaan, semua kaum, baik Melayu, Cina, India dan kaum-kaum
lain diminta memeprteguh ikatan perpaduan agar makna kemerdekaan boleh diisi.
Semua kaum sedar akan hak masing-masing dan berlumba-lumba memajukan diri dalam
bidang Pendidikan, ekonomi, dan social. Terdapat akibat jurang ekonomi yang
begitu ketara antara kaum Cina dan kaum-kaum bumiputera, khususnya Melayu,
telah berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Sejarah tidak berbohong dan
sejarahlah yang menyedarkan kita dalam segala tindakan. Awal 2001, kita
dikejutkan lagi dengan tragedy berdarah di Kampung Medan, Petaling Jaya.
Luka-luka yang parutnya hamper hilang, kini berdarah lagi. Bagi memastikan
perpaduan kaum dapat diperteguh, pelabagai usaha perlu dilakukan seberapa
segera yang boleh.
Tulis
perenggan pendahuluan jenis peribahasa
berdasarkan soalan yang diberikan.
Sikap
menabung patut diamalkan sejak seseorang itu kecil lagi. Bincangkan pernyataan
tersebut.
Pendahuluan Jenis Peribahasa
Sejak kecil lagi kita diingatkan
dengan peribahasa “sedikit-sedikit lama-lama menajdi bukit”. Masa depan
ketentuan Allah, dan kita tidak tahu, sebab itu kita perlu menabung lebih wang
yang kita miliki. Satu lagi peribahasa ada menyebut “kucing melompat, orang
terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang”. Peribahasa ini
membawa maksud kesusahan atau kesukaan orang lain dan beringat akan masa depan,
sepatutnya menjadi iktibar kepada kita. Hari ini kita gembira dan tertawa, hari
esok kita tidak pasti. Jangan sampai, seperti kata peribahasa, “nasi sudah
menjadi bubur” baru kita sedar akan kesilapan kita.
_________________________________________________________________________________
Tulis
perenggan pendahuluan jenis puisi
berdasarkan soalan yang diberikan.
Dalam usaha
mengejar kemajuan, tanpa disedari telah berlakuk pencemaran alam. Sebagai
seorang rakyat yang prihatin, anda bercadang untuk menulis rencana tentang
masalah tersebut. Tuliskan rencana dengan menekankan langkah-langkah mengatasi
masalah pencemaran alam.
Jenis pendahuluan Puisi
Alam Tidak
Seindah Dulu,
Anak-anak kita tiada tempat
bermain,
Di halaman
tidak mampu memercup kegembiraan
Hanya duduk seharian di rumah
sempit.
Ingin
rasanya berlarian di bendang,
Sejenak menangkap ikan pelage di
kali
Ah, air
berkeladak pekat!
Duduk di
rimbunan pokok
Daun berguguran memberi isyarat,
Mulalalh
hujan menggila menyergah,
Dalam langit cerah, tanpa awan.
Wahai
anakku, alam kita tidak seindah dulu,
Dosa
manusia akhirnya kita menelan lagu pahit.
Sajak di atas menggambarkan
keadaan alam kita sekarang, kini, segala-segalanya bagaikan tidak selamat lagi.
Untuk bermain di halaman, udara begitu kotor. Akhirnya duduk seharian di rumah
yang sempit. Jika dulu, anak desa bolehlah mengisi masa lapang dengna aktiviti
seperti menangkap ikan atau duduk di bawah rimbunan pokok. Tetapi air parit
berkeladak menyebabkan kehidupan di air mati. Hujan pula tidak menentu kerana
keadaan alam keseluruhan sudah tercemar. Apakah keadaan ini wajar dibiarkan
berterusan? Tentu kita tidak mahu, lalu wajar memikirkan dengan mendalam akan
masalah ini.
Tulis
perenggan pendahuluan jenis gabungan
berdasarkan soalan yang diberikan.
Dadah
membawa padah. Kerajaan pernah mengisytiharkan najis dadah sebagai musuh utama
negara. Huraikan bahaya najis dadah serta langkah-langkah yang perlu diambil
oleh pihak kerajaan untuk menangani amsalah penagihan dadah di negara kita.
Jenis Pendahuluan Gabungan
Masalah penagihan najis dadah
tidak sudah-sudah dibicarakan. Pelbagai usaha dilakukan bagi membendung masalah
tersebut, tetapi jumlah penagihan najis dadah terus meningkat. Dalam hal ini siapakah
yang harus dipersalahkan? Sikap menuding jari tidaka akan menguntungkan
sesiapa. Memang banyak usaha membendung masalah ini, tetapi semuanya
hangat-hangat tahi ayam. Kini lebih 200 ribu belia menjalani pemulihan di
pusat-pusat serenti. Kajian menunjukkan, mereka yang keluar dari pusat tersebut
akan menagih semula. Apakah pusat latihan tersebut tidak memberi sebarang kesan
atau sebenarnya penagihan najis dadah tidak dapat dipulihkan? Menurut
peribahasa, “ekor anjing berapa pun dilurut tidak akan juga betul” yang membawa
maksud orang yang memang jahat tidaka akan dapat diajar, kerana akan terus
berbuat jahat. Benarkah penagih najis dadah manusia yang tidak dapat siubah
tabiatnya?
Pembangunan
dan kemajuan yang melanda bandar-bandar besar di negara kita turut menular ke
desa-desa. Sebagai akibatnya, nilai-nilai tradisi desa kian terancam. Terangkan
fenomena yang sedang melanda desa sekarang dan usaha yang patut dialkukan untuk
mengatasi masalah ini.
Analisis soalan
Format:
Pendaapt
Kata kunci:
Pembangunan dan kemajuan – bandar besar – menukar ke desa – nilai-nilai tradisi
kian terancam – fenomena – melanda desa usaha – mengatasi
Tema:
Pembangunan mangancam nilai-nilai tradisi des.
Kehendak
soalan: Usaha mengatasi masalah yang mengancam nilai tradisi desa akibat
pembangunan di bandar.
Menulis Pendahuluan
Masyarakat
desa satu ketika dahulu mengamalkan sikap tolong-menolong.
Sesuatu
pekerjaan dilakukan secara ikhlas hubungan bagi adik-beradik.
Majlis
perkahwinan dijalankan secara gotong-royong seminggu sebelum majlis bermula.
Pembangunan
menyebabkan nilai murni itu merosot.
“Bagai aur bergantung ke tebing,
bagai tebing bergantung ke aur”. Peribahasa tersebut menggambarkan sikap
masyarakat desa satu ketika dulu yang suka tolong-mengolong dalam melakukan
aktiviti harian. Dulu, setiap pekerjaan dilakukan dengan ikhlas kerana hubungan
sesame penduduk begitu akrab, bagai adik-beradik/. Cubit paha kanan, paha kiri
terasa sakit. Ini dapat dilihat dalam majlis kenduri-kendara. Seminggu sebelum
majlis diadakan, jiran tetangga akan Bersama-sama membuat kuih-muih, membina
bangsal, dan sesetengahnya pula akan membawa hadiah berupa beras, hula, dan
minyak masak. Tetapi pembangunan dan kemajuan di bandar-bandar membawa Bersama
sikap mementingkan diri sendiri, ke desa-desa. Apakah ini harga kemajuan yang
kita inginkan? Sudah tentu bukan ini yang kita mahukan.
Mengembangkan Isi Pertama
Isi 1: Satu
ketika dulu suasana kampung begitu tenang dan hubungan sesmaa penduduk begitu
erat.
Contoh: Ke
kebun Bersama-sama, petang dihabiskan di warung, dan malam di surau.
Huraian:
Keadaan ini berubah apabila pekerjaan pertanian berubah kepada bekerja di
sector perkilangan.
Huraian:
Bekerja dari jam 7.00 pagi gingga 5.00 petang dan pulang dalam keadaan letih
menyebabkan kurang bermasyarakat.
Walaupun pahir untuk dirasai,
tetapi manis untuk dkenang, saat indah kehidupan di desa satu ketika dulu.
Dulu, suasana kampung begitu tenang dan aman damai serta karya dengan flora dan
fauna. Kehidupan masyarakatnya begitu erat dan mesra. Mereka pergi ke kebun
atau ke lading Bersama-sama kerana tempat bertugas berhampiran. Waktu petang
pula dihabiskan di warung atau ke lading Bersama-sama kerana tempat bertugas
berhampiran. Waktu petang pula dihabiskan di warung atau di surau. Pada waktu
malam akan diadakan majlis tahlil atau doa selamat. Pusingan hidup yang memberi
kesempatan bertemu menyebabkan hubungan begitu akrab. Tetapi keadaan ini kian
berkurangan, dan sesetengah kampung yang terletak di pinggir bandar boleh
dikatakan tiada langsung. Ini kerana rata-rata bekerja di tempat lain,
khususnya di kilang-kilang. Waktu kerja skeitar 7.00 pagi hingga jam 5.00
petang dan kadang-kadang berlarutan hingga ke malam menyebabkan apabila tiba di
rumah tubuh Sudha letih menyebabkan kesempatan untuk bermasyarakat menjadi
berkurangan.
Mengembangkan Isi Kedua
Isi 2:
Kuasa duit menyebabkan semangat gotong-royong tidak diamalkan lagi.
Huraian:
Majlis perkahwinan dijalankan oleh tukang masak yang dibayar.
Contoh:
Maslaah keishatan diatasi dengan pergi sendiri ke hospital tanpa meminta
pertolongan orang lain.
Huraian:
Peranan masyarakat berkurangan kerana dirasakan tidak penting dan mampu
berdikari.
Jika dulu amalan bergotong-royong
menjadi kemestian. Mengerjakan sawah bendang lebih mudah dilakukan secara
bekerjasama. Keadaan kini tiada lagi kerana “kuasa duit” mengubah suasana. Jika
ingin membersihkan bendang, boleh dilakukan oleh bajak. Bagi menguruskan majlis
perkahwinan, untuk mudah, kemas, dan tidak menyusahkan orang lain, hanya perlu
mengeluarkan wang, lalu tukang masak terbaik Bersama pelayan-pelayannya sanggup
membantu. Sakit pening pula boleh pergi sendiri ke hospital atau menelefon
ambulans. Peranan masyarakat dirasakan semakin kurang, apatah lagi
masing-masing sibuk denga kerjaya bagi keselesaan kelaurga. Apabila dirasakan
diri sendiri mampu berdikari dan masyarakat pula tidak dirasakan penting untuk
hidup selesa, secara halus peranan masyarakat akan diketepikan.
No comments:
Post a Comment