PENGENALAN KEPADA PERIBAHASA
PENDAHULUAN
1.
Hampir setiap bangsa mempunyai peribahasa dan
peribahasa sesuatu bangsa itu dapat mencerminkan bangsa tersebut.
2.
Peribahasa merupakan susunan kata-kata yang
teratur, sedap didengar, dan cukup bermakna.
3.
Peribahasa dibentuk atau dicipta berdasarkan pandangan
dan perbandingan yang teliti terhadap alam sekeliling dan peristiwa-peristiwa
yang berlaku dalam masyarakat.
4.
Oleh sebab peribahasa dibentuk dengan satu
ikatan bahasa yang indah dan padat, maka melekatlah peribahasa itu di mulut
orang ramai turun-temurun.
5.
Peribahasa digunaakn orang sebagai kiasan,
teladan, dan pengajaran. Iutlah sebabnya peribahasa sering digunakan sebagai
hiasan untuk mengindahkan karangna atau ketika memberikan ucapan atau syarahan.
6.
Pada umumnya, peribahasa dapat dikatkaan berasal
daripada tiga sumber seperti yang berikut:
(a)
Masyarakat biasa melalui pengalaman hidupnya;
(b)
Golongan cerdik pandai berdasarkan
pemerhatiannya yang tajam terhadap keadaan dan masyarakat sekelilingnya;
(c)
Kitab suci al-Quran dan kitab-kitab agama lain,
khususnya Hindu dan Buddha yang pengaruhnya agak meluas dan kukuh di alam
Melayu suatu ketika dahulu.
JENIS PERIBAHASA
1.
Peribahasa yang telah dicipta memang banyak.
2.
Sekian banyak peribahasa tersebut dapat
dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
(a)
Simpulan bahasa;
(b)
Perumpamaan;
(c)
Pepatah
(d)
Bidalan;
(e)
Bandingan;
(f)
Kata-kata khidmat.
3.
Simpulan
bahasa merupakan sejenis peribahasa paling mudha dan ringkas. Biasanya
simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata seperti ada hati, batu api, cepat tangan, dan sebagainya.
4.
Perumpamaan
pula merupakan jenis peribhasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan
kata-kata yang membentuk perumpamaan itu. Biasanya kata-kata bagai, ibarat,
laksana, seperti, dan umpama terkandung dalam perumpamaan. Contohnya bagai aur dengna tebing; ibarat burung; mata
lepas badan terkurung; laksana burung diam dalam sangkar; seperti abu di atas
tunggul; umpama buah kepayang; dimakan
mabuk dibuang sayang; dan sebagainya.
5.
Pepatah
merupakan jenis peribahsa yang berangkp serta terdapat pengulangna kata di
dalamnya untuk penegasan, falsafah, atau pengajarna, yang hendak disampaikan.
Contohnya, berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing; ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni; hati gajah sama
dilapah; hati kuman sama diceca; dan sebagainya.
6.
Bidalan
merupakan jenis peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata
yang membentuknya. Bidalan tidak mengandung sesuatu kata yang tertentu seperti
perumpamaan. Contohnya, ada gula ada
semut, ada rupa ada herga, airdicincang tiada putus, dan sebagainya.
7.
Akhir sekali, kata-kata khidmat merupakan jenis peribahasa yang biasanya terbit
daripada ayat-ayat suci dalam kitab-kitab atau daripada pecakapan serta
penulisan seseorang yang dihormati dan terbilang. Kata-kata tersebut berisi
falsafah atau pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup. Contohnya, bahasa jiwa bangsa, hidup ini suatu
perlumbaan, berkata benarlah walaupun kebenaran itu menyakitkan, dan
sebagainya.
SIMPULAN BAHASA
1. Ada-ada saja
Maksud
Selalu ada sahaja yang dilakukan atau
dikatakan.
Contoh ayat
Tini: Amboi, bergaya betul kamu hari ini.
Siti : Kamu ni ada-ada saja.
2. Ada hati
Maksud
Ada keinginan yang melebihi kesanggupan.
Contoh ayat
Jamal ada ahti hendak meminang anak
hartawan itu.
3. Air muka
Maksud
a)
Rupa muka yang membayangkan sesuatu perasaan
b)
Maruah.
Contoh ayat:
Air muka Safuan berubah marah
apabila Faizal mengejknya di hadapan kelas mereka.
4. Ajak-ajak ayam
Maksud
Tidak bersungguh-sungguh mempelawa.
Contoh ayat:
Sarifah: Marilah makan aiskrim ni.
Zakiah : Tak apalah terima kasih. (Ah, dia
Cuma ajak-ajak ayam sahaja!)
5. Akal belut
Maksud
Tipu muslihat yang sangat licin.
Contoh ayat
Pelajar itu sering menggunakan akal belut
untuk melepaskan diri daripada dihukum oleh guru disiplin.
6. Akal budi
Maksud
Fikiran yang sihat
Contoh ayat
Dengan akal budi dan keyakinan pada diri
sendiri, kita pasti akan berjaya.
7. Akal kancil
Maksud
Tipu daya yang licin.
Contoh ayat
Peniaga itu mempunyai akal kancil untuk
mendapat keuntungan yang banyak.
8. Akal melintang
Maksud
Akal atau buah fikiran yang datang dengan
tiba-tiba.
Contoh ayat
Rosli mendapat akal melintang tentang cara
memerangkap pencuri yang memasuki rumahnya itu.
9. Alang kepalang
Maksud
Sedikit atau tidak mencukupi.
Contoh ayat
Saya tidak dapat mempelawa dia makan kerana
makanan ini alang kepalang sahaja.
10. Alas perut
Maksud
Makan sedikit untuk sementara waktu.
Contoh ayat
Amran makan sekeping roti sebagai alas
perut.
11. Alim-alim kucing
Maksud
Seorang yang berpura-pura baik dari segi
tingkah laku dan peraturan.
Contoh ayat
Jamal bersikap alim-alim kucing di depan
ibu bapanya sahaja tetapi agak nakal di sekolahnya.
12. Anak angkat
Maksud
Anak orang lain yang dipelihara seperti
anak sendiri.
Contoh ayat
Amin ialah anak angkat Pak Cik Rahman.
13. Anak bongsu
Maksud
Anak yang paling muda dalam keluarga.
Contoh ayat
Lai Meng merupakan anak bongsu Encik Wong
daripada enam orang adik-beradik.
14. Anak buah
Maksud
a)
Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga.
b)
Pengikut
c)
Rakyat.
Contoh ayat
Encik Shamsul pulang untuk menghadiri
majlis perkahwinan anak buahnya.
15. Anak dagang
Maksud
Orang yang merantau ke tempat lain.
Contoh ayat
Deramang hanylah anak dagang yang menumpang
di rumah Pandak Maya.
16. Anak emas
Maksud
Orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau
majikannya.
Contoh ayat
Sofea pekerja yang rajin. Tidak hairanlah
jika dia menjadi anak emas Tuan Adann.
17. Anak kandung
Maksud
Anak sendiri yang dilahirkan oleh ibu
kandung.
Contoh ayat
Harlina anak kandung kepada Encik Osman dan
Puan Faridah.
18. Angkat bakul
Maksud
Orang yang suka memuji atau meninggikan
diri.
Contoh ayat
Puan Aisyah serin angkat bakul apabila
bercerita tentang dirinya.
19. Angkat kaki
Maksud
a)
Melarikan diri
b)
Meninggalkan sesuatu tempat dengan segera.
Contoh ayat
Boon Seng terus angkat kaki apabila
pergaduhan itu semakin melarat.
20. Apa akal
Maksud
Apa yang patut dibuat.
Contoh ayat
Apa akal kita hendak keluar dari bilik yang
terkunci ini.
21. Asam garam
Maksud
Pengalaman hidup.
Contoh ayat
Banyak pengajaran yang boleh kita peroleh
daripada orang tua-tua kerana mereka melalui pelbaai asam garam dlaam hidup
mereka.
22. Atas angin
Maksud
Negara-negara Barat.
Contoh ayat
Negara kita pernah dijajah oleh
nagara-negara atas angina.
23. Atas pagar
Maksud
Seseorang yang berkecuali dan tidak
menyebelahi mana-mana pihak yang bertelingkah.
Contoh ayat:
Jeffrey bersikap atas pagar dalam perselisihan
faham antara Manam dengan Gheeta.
24. Ayam pemikat
Maksud
Orang yang dijadikan umpan untuk
melaksanakan impian orang lain.
Contoh ayat
Pelakon terkenal itu menjadi ayam pemikat
bagi melariskan produk minuman terbaharu itu.
25. Ayam tambatan
Maksud
Orang harapan dlaam sesuatu pertandingan
atau perlawanan.
Contoh ayat
Khalid Jamlus merupakan ayam tambatan dalam
pasukan bola sepak negeri Selangor.
26. Baik hati
Maksud
Suka menolong atau mudah sim[ati atau
pangasih
Contoh ayat
Prema baik hati. Dia suka menolong orang
yang dalam kesalahan.
27. Bangkai bernyawa
Maksud
Seorang yang tidak berguna langsung.
Contoh ayat
Penagih dadah itu terbaring seperti bangkai
bernyawa di abawah jambatan itu.
28. Banyak mulut
Maksud
Orang yang suka bercakap
Contoh ayat
Sikap Mona yang banayak mulut itu tidak
disenangi oleh rakan sekelasnya.
29. Barang kemas
Maksud
Barang-barang perhiasan perempuan yang
dibuat daripada emas atau intan berlian.
Contoh ayat
Ibu menyimpan barang kemas di dalam laci.
30. Batu api
Maksud
Penghasut.
Contoh ayat
Mereka sudah berbaik-baik, janganlah kamu
pula menjadi batu api pula.
31. Batu loncatan
Maksud
Sesuatu yang digunakan untuk mencapai
sesuatu tujuan.
Contoh ayat
Anis menerima tawaran kerja sementara untuk
memperoleh pekerjaan yang lebih baik kelak.
32. Bau-bau bacang
Maksud
Pertalian keluarga yang sudah jauh.
Contoh ayat
Antara Leela dengan Nathan, ada bau-bau
bacang.
33. Bekas tangan
Maksud
Hasil kerja tangan seseorang
Contoh ayat
Pasu ini ialah bekas tangan Clenmentina.
34. Beralih akal
Maksud
Berubah fikiran atau pendapat.
Contoh ayat
Semalam dia bersetuju dengan cadangan saya,
tetapi hari ini dia beralih akal pula.
35. Beralih angin
Maksud
a)
Bertukar tempat
b)
Ke suatu tempat untuk berehat.
Contoh ayat
Sudah lama mereka tinggal di
Bandar, kini akan beralih angina ke pedalaman pula.
36. Berat hati
Maksud
a)
Enggan.
b)
Malas.
Contoh ayat
Adit: Dani, mari kita ke rumah
Hashim.
Dani: Berat hatiku untuk pergi ke
rumahnya.
37. Berat mulut
Maksud
Pendiam.
Contoh ayat
Dia tidak sombong tetapi hanya berat mulut
sahaja.
38. Berbelah bagi
Maksud
a)
Tidak tetap pendirian.
b)
Sukar untuk membuat keputusan.
Contoh ayat
Perasaan gadis itu berbelah bagi
untuk menerima p-ertolongan daripada pemuada itu.
39. Bergadai nyawa
Maksud
Sanggup membahanyaakan diri sendiri bagi
mencapai sesuatu.
Contoh ayat
Ahli bomba itu sanggup bergadai nyawa untuk
menyelamatkan mangsa kebakaran.
40. Berhati batu
Maksud
a)
Bersifat degil.
b)
Tidak bersa kasihan.
Contoh ayat
Walaupun budah itu berhati abut,
tetapi kalau dipujuk dia akan menurut kata.
41. Berhati waja
Maksud
Tidak mudah kecewa.
Contoh ayat
Kejayaan akan tercapai sekiranya kita
berhati waja dlaam meghadapi cabaran.
42. Berhutang budi
Maksud
Patut membalas
Contoh ayat
Pelajar itu berhutang budi pada Cikgu Ramli
kerana membantunay menjelaskan yuran peperiksaan.
43. Berjiwa besar
Maksud
Bercita-cita tinggi dan berusaha mencapai
cita-cita tersebut.
Contoh ayat
Rashid seorang pemimpin mda yang berjiwa
besar.
44. Berjiwa hamba
Maksud
Orang yang tidak yakin pada kemampua ataau
tidak bercita-cita tinggi
Contoh ayat
Orang yang berjiwa haba tidak akan berjaya.
Oleh itu, kuatkanlah semangat kamu.
45. Berkaki ayam
Maksud
Tidak berkasut atau berselipar
Contoh ayat
Kamal berkaki ayam semasa bermain bola
sepak di padang.
46. Bermuka dua
Maksud
Tidak jujur atau pembelot.
Contoh ayat
Lelaki yang bermuka dua dalam kumpulan
penyiasat itu telah ditangkap.
47. Berpeluk tubuh
Maksud
Malas bekerja ataau berusaah
Contoh ayat
Bakri hanya berpeluk tubuh sahaja semasa
kawan-kawannya bertungkus lumus menyiapkan tugasan itu.
48. Bersengkang mata
Maksud
Melakukan sesuatu kerja hingga tidak tidur
Contoh ayat
Diana terpaksa bersengkang mata untuk
menyiapkan kertas kerja itu.
49. Bertikan lidah
Maksud
a)
Bertengkar.
b)
Berdebat.
Contoh ayat
Kami bertikan lidah tentang isu-isu
emasa untuk meluaskan pengetahuan.
50. Besar hati
Maksud
a)
Bangga.
b)
Gembira.
Contoh ayat
Saya berasa bear hati kerana encik
sudi dating ke pondok saya.
51. Besar kepala
Maksud
a)
Degil.
b)
Sombong.
Contoh ayat
Kerana tidak mendapat pengawasan
orang tuanya, Budian semakin besar kepala sekarang.
52. Bidan terjun
Maksud
Seseorang yang dipanggil secara mendadak
bagi menggantikan tempat atau tugas orang lain.
Contoh ayat
Joshua terpaksa menjadi bidan terjun bagi
menggantikan temapt atau tugas orang lain.
53. Bongkok sabut
Maksud
Bongkok yang sedikit sahaja
Contoh ayat
Dia masih muda tetapi sudah bongkok sabut.
54. Bongkok udang
Maksud
Bongkok yang teruk.
Contoh ayat
Walaupun Nenek Limah bongkok udang tetapi
dia masih mampu bekerja.
55. Buah hati
Maksud
Kekasih atau orang yang dicintai.
Contoh ayat
“Mengapa termenung? Barangkali teringatkan
buah hati?” kata Mak Jah kepada anaknya yang bakal bertunang.
56. Buah mulut
Maksud
Perkara yang menjadi sebut-sebutan orang.
Contoh ayat
Berita tentang Murad yang membawa gadis
Ingeris pulang telah menjadi buah mulut penduduk kampong.
57. Buah tangan
Maksud
Pemberian.
Contoh ayat
Setiap kali ke luar negeri, ayah pasti
membawa buah tangan untuk kami.
58. Bulat hati
Maksud
a)
Ikhlas.
b)
Tetap hati dan sungguh-sungguh.
Contoh ayat
Kedua-dua sahabat itu bulat hati
hendak mengadu nasib di bandar.
59. Bulat kata
Maksud
Sepakat atau sehati.
Contoh ayat
Penduduk kampung ini sudah bulat kata untuk
bergotong-royong membersihkan kawasan kampung pada minggu depan.
60. Buruk siku
Maksud
Meminta kemabaliapa-apa yang telah
diberikan.
Contoh ayat
Dia itu buruk siku. Janganlah kamu terima
pemberian daripadanya kerana dia pasti alan memintanya kembali.
61. Buta hati
Maksud
a)
Tidak dapat menerima balasan pengajaran orang.
b)
Tidak berasa kasihan.
Contoh ayat
Lelaki itu buat hati agaknya.
Sanggup dia memukul orang tua yang tidak sengaja melanggarnya itu.
62. Buta huruf
Maksud
Tidak tahu membaca dan menulis.
Contoh ayat
Oleh sebab nenek buta huruf, Amir membacakan
neneknya surat khabar.
63. Buta perut
Maksud
a)
Tidak bertimbang rasa atau tidak menggunakan
akal fikiran.
b)
Seseorang yang makan semua jenis mkakanan.
Contoh ayat
Pemandu bas yang buat perut semasa
memandu boleh menyebabkan kemalangan.
64. Cahaya mata
Maksud
Anak yang dilahirkan.
Contoh ayat
Encik Hadi dan Puan Amira mendapat cahaya
maat pertama semalam.
65. Cakar ayam
Maksud
Tulisan tangan yang amat buruk dan tidak
kemas.
Contoh
ayat
Cikgu Rokiah menegur tulisan Ganesh yang
seperti cakar ayam.
66. Campur tangan
Maksud
Turut serta dalam urusan orang lain.
Contoh ayat
Jangan campur tangan dalam masalah ini.
Biarlah saya yang menyelesaikannya.
67. Cepat tangan
Maksud
Orang yang suka mencuri
Contoh ayat
Budak yang cepat tangna itu dirotan oleh
ayahnya kerana mencuba mencuri di kedai Pak Isa.
68. Cucu tangan
Maksud
Tidak mahu campur tangan atau melepaskan
diri daripada sesuatu persoalan.
Contoh ayat
Salmah sering cuci tangan apabila kedai
yang diusahakannya bersama dengan Maria dan Julia menghadapi masalah.
69. Curi tulang
Maksud
Tidak bekerja dengan betul jika tidak
diawasi atau diperhatikan.
Contoh ayat
Kalau tidak diawasi, Samad pasti akan curi
tulang.
70. Dalam tangan
Maksud
Pasti diperoleh.
Contoh ayat
Dia tidak bimbang lagi kerana jawatan yang
dimohonnya itu sudah dlaam tangannya.
71. Dapat terpijak
Maksud
Memperoleh sesuatu dengna mudah atau tidak
perlu berusaha.
Contoh ayat
Puan Rita dapat terpijak sebuah mesin basuh
apabila memenangi cabutan nombor bertuah di pasar raya itu.
72. Darah daging
Maksud
Anak kandung.
Contoh ayat
Janganlah derhaka kepada ibu bapa kerana
anda darah dagingnya.
73. Darah gemuruh
Maksud
Mudah gugup atau hilang pertimbangan.
Contoh ayat
Marina mengalami darah gemuruh sebelum
mendekalmasikan sajaknya sempena majlis hari guru.
74. Darah muda
Maksud
Semangat atau perasaan orang muda.
Contoh ayat
Selepas pertengkaran kecil itu, Yazid telah
meletakkan jawatan kerana mengikut darah muda.
75. Daya fikir
Maksud
Kekuatan berfikir.
Contoh ayat
Jika kita banyak membaca buku-buku
pengetahuan, daya fikir kita akan bertambah kuat.
76. Delima merekah
Maksud
Bentuk dan warna bibir yang elok.
Contoh ayat
Rupa paras Tuan Puteri Ratna sungguh
jelita. Bibrnya bak delima merekah.
77. Durian runtuh
Maksud
Mendapat keuntungan dengan ridak
disangka-sangka atau tanpa bersusah payah.
Contoh ayat
Wanita itu mendapat durian runtuh apabila
membeli-belah di pasar raya itu.
78. Gaji buta
Maksud
Gaji yang diterima dengan tidak bekerja
sungguh-sungguh.
Contoh ayat
Buruh itu lebih banyak berehat daripada
bekerja. Dia makan gaji buat sahaja.
79. Ganti tikar
Maksud
Mengahwini kakak kepada isteri atau saudara
suami sebelah isteri ataau suami yang meninggal dunia.
Contoh ayat
Dani yang baru kematian isteri ganti tikar
dengna adik iparnya.
80. Gelap hati
Maksud
Sukar mengikuti pelajaran.
Contoh ayat
Fahmi gelap hati. Walaupun berulang kali
diterangkan, dia tetap tidak dapat menjawab soalan itu.
81. Geli hati
Maksud
Rasa hendak ketawa.
Contoh ayat
Aminah geli hati melihat persembahan badut
itu.
82. Gila bahasa
Maksud
Kurang waras fikirannya.
Contoh ayat
Lelaki yang tertawa sendirian itu gila
bahasa.
83. Goyang kaki
Maksud
Bersenang-senang tanpa perlu bekerja.
Contoh ayat
Jeslina hanya goyang kaki di rumah kerana
ibunya tidak mengizinkannya bekerja semasa cuti semester.
84. Gulung tikar
Maksud
Menutup perniagaan kerana mengalami
kerugian.
Contoh ayat
Encik Ariffin dan Puan Jamilah terpaksa
gulung tikar kerana tidak sanggup mengalami kerugian yang besar.
85. Habis akal
Maksud
a)
Habis segala usaha.
b)
Bingung
Contoh ayat
Sudah habis akal dia berikhtiar
untuk mengubati anaknya yang sakit itu.
86. Halwa telinga
Maksud
Sesuatu yang sedap didengar.
Contoh ayat
Nenek saya gemar mendengar lagu keroncong
sebagai halwa telinganya.
87. Hangat-hangat tahi ayam
Maksud
Tidka bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.
Contoh ayat
Geetha hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja
mempelajari cara-cara mengait baju.
88. Harga diri
Maksud
Kehormatan diri atau maruah.
Contoh ayat
Setiap orang akan menjaga harga dirinya
dengan cara apa sekalipun.
89. Harga mati
Maksud
Harga yang muktamad
Contoh ayat
Harga barangan kulit yang dijual di kedai
itu harga mati.
90. Hidung tinggi
Maksud
Sombong atau angkuh.
Contoh ayat
Sejak tinggal di rumah besar itu dia
bersikap hidung tinggi.
91. Hilang akal
Maksud
a)
Tidak tahu apa yang hendak dibuat.
b)
Agak gila.
Contoh ayat
Penghuni rumah itu hilang akal
apabilarumahnya tiba-tiba hanyut dilanda banjir.
92. Ibu angkat
Maksud
Perempuan yang memelihara anak orang lain
seoeri anaknya sendiri.
Contoh ayat
Puan Maznah menjadi ibu angkat Asnita sejak
dia berusia dua bulan.
93. Ibu pertiwi
Maksud
Negeri sendiri atau tanah air.
Contoh ayat
Kami bersedia mempertahankan ibu pertiwi
daripada dicerobohi musuh.
94. Ikal mayang
Maksud
Keadaan rambut yang cantik.
Contoh ayat
Rambut Sofia yang ikal mayang itu menjadi
perhatian banyak orang.
95. Ikat perut
Maksud
Mengurangkan makan kerana susah.
Contoh ayat
Manisah terpaksa ikat perut di sekolah
kerana ayahnya tidak mampu memberikan wang saku kepadanya.
96. Iri hati
Maksud
Perasaan benci atau cemburu.
Contoh ayat
Perempuan itu iri hati melihat jirannya
membeli perabot baharu.
97. Isi hati
Maksud
a)
Apa-apa yang terfikir.
b)
Perasaan.
Contoh ayat
Sambil menangis Faridah mencurahkan
isi hatinya pada saya.
98. Jalan buntu
Maksud
Tidak dapat kata sepakat.
Contoh ayat
Mesyuarat itu terpaksa dihentikan kerana
menemui jalan buntu.
99. Jalan keluar
Maksud
Ada penyelesaian.
Contoh ayat
Kita mesti mencari jalan keluar bagi
masalah ini.
100. Jauh hati
Maksud
Tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain.
Contoh ayat
Dia berasa jauh hati kerana tidak dilayan oleh tuan rumah.
101. Jinak-jinak lalat
Maksud
Pergaulan yang tidak begitu mesra.
Contoh ayat
Husna jinak-jinak lalat sahaja dengna rakan sekelasnya kerana dia baru
berpindah ke sekolah itu.
102. Jinak-jinak merpati
Maksud
Perempuan yang mesra tetapi sukar dipikat.
Contoh ayat
Mereka beranggapan Farah jinak-jinak merpati kerana dia mudha mesra
tetapi tidak mudah dipikat.
103. Kacang hantu
Maksud
Seseorang yang nakal atau jahat.
Contoh ayat
Amri dikenal sebagai kacang hantu suka bergaduh dengna rakan sebayanya.
104. Kaki ampu
Maksud
Membuat kebaikan dengan mengharapkan balasan atau habuan.
Contoh ayat
Di syarikat itu, Amira dikienal sebagai kaki ampu.
105. Kaki bangku
Maksud
Orang yang tidka pandai bermain bola.
Contoh ayat
Walaupun Kumar handal berlari, tetapi dia kaki bangku.
106. Kaki lima
Maksud
Lantai antara depan kedai atau rumah dengna tepi jalan.
Contoh ayat
Orang ramai membuang sampah dengan sesuka hati di kaki lima itu.
107. Kerang busuk
Maksud
Tersengih-sengih dengan tidak menentu.
Contoh ayat
Sejak memasuki kelas tadi, Wahid asyik tersengih seperti kerang busuk.
108. Keras hati
Maksud
a)
Tidak mahu menurut kata orang.
b)
Tidak mudah putus asa atau cekal.
Contoh ayat
Ani keras hati. Walaupun dipujuk
oleh ibu, dia tetap tidka mahu meminta maaf daripada abangnya.
109. Kepala angin
Maksud
Orang yang kelakuannya sering berubah-ubah.
Contoh ayat
Saya tidak tahan melihat perangainya yang kepala angina.
110. Kepala batu
Maksud
Enggan mengikut nasihat.
Contoh ayat
Guru menenda pelajar yang kepala batu itu.
111. Kepalang ajar
Maksud
Belajar separuh jalan sahaja atau tnaggung-tanggung belajar.
Contoh ayat
Kepalang ajar sahaja dia berguru kepada guru silat itu.
112. Kera sumbang
Maksud
Orang yang hidup dengna mengasingkan diri.
Contoh ayat
“jangan jadi kera sumbang apabila di tempat baharu nanti” kata Puan Ros
kepada anaknya.
113. Keras kepala
Maksud
Tidak mahu mengalah.
Contoh ayat
Lebih baik kamu beralah daripada terus bertengkar dengannya. Dia itu
keras kepala.
114. Khabar angina
Maksud
Khabar yang belum sah kebenarannya.
Contoh ayat
Sejak dia menghilangkan diri dari kampung, berbagai-bagai khabar angina
tersebar tentang dirinya.
115. Kucing bertanduk
Maksud
Sesuatu yang mustahil berlaku.
Contoh ayat
Kalau kamu hendak mengharapkan bantuan daripada orang kaya yang kedekut
itu, tunggulah sampai kucing betanduk.
116. Kutu embun
Maksud
Orang yang suka merayau-rayau tanpa tujuan pada malam hari.
Contoh ayat
Kutu-kutu embun di simpang jaln itu selalu mengganggu ketenteraman umum.
117. Langkah bendul
Maksud
Hal adik berkahwindahulu sebelum kakak.
Contoh ayat
Perjahwinan adknya yang langkah bendul itu menyebabkan Imah jauh hati.
118. Langkah kanan
Maksud
Mujur atau bernasib baik.
Contoh ayat
Hari ini saya langkah kanan kerana dapat bertemu dengna pengarang
terkenal di pesta buku itu.
119. Langkah seribu
Maksud
Melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut.
Contoh ayat
Budak yang menghendap di dusun itu membuka langkah seribu apabila
disergah oleh ayah saya.
120. Lepas laku
Maksud
Melakukan sesuatu tanpa segan-silu.
Contoh ayat
Perangainya yang lepas laku itu menjadi perbualan penduduk kampung.
121. Lidah bercabang
Maksud
Kata-katanya tidak dapat dipercayai.
Contoh ayat
Marlia tidak menepati ajnji lagi. Usahberjanji dengan orang yang lisah
bercabang seperti dia.
122. Lintah darat
Maksud
Orang yang mengenakan bunga yang tinggi atas pinjaman yang diberikan.
Contoh ayat
Menyesal saya meminjam wang daripada lintah darat itu.
123. Mabuk laut
Maksud
Pening dan muntah-muntah kerana berlayar atau menaiki kapal, feri dan
sebagainya.
Contoh ayat
Kami sekeluarga akan makan angin ke Pulau Tioman.
124. Makan angin
Maksud
Pergi bersiar-siar untuk berehat.
Contoh ayat
Kami sekeluarga akan makan angina ke Pulau Tioman.
125. Makan angkat
Maksud
Suka dipuji atau disanjung.
Contoh ayat
Perempuan yang makan angkat itu tersenyum bangga apabila dipuji.
126. Makan besar
Maksud
Kenduri besar-besaran.
Contoh ayat
Anak-anak Encik Chan berkumpul di rumahnya untuk makan besar semasa
menyambut Tahun Baru Cina.
127. Makan gaji
Maksud
Bekerja dengan orang untuk mendapatkan gaji atau upah.
Contoh ayat
Ilham makan gaji sebagai tukang kebun di rumah Encik Sani.
128. Makan garam
Maksud
Mempunyai pengalaman yang banyak.
Contoh ayat
Usahlah berdegtil, ibu lebih dulu makan garam daripada kamu.
129. Makan hati
Maksud
Kesedihan.
Contoh ayat
Yanti makan hati oleh sikap Anita yang sering menyakiti hatinya.
130. Makan kawan sendiri
Maksud
Mengkhianati atau mencelakakan sahabat sendiri
Contoh ayat
Dalam persabhabatan, kita tidak harus bersikap makan kawan sendiri.
131. Makan suap
Maksud
Menerima sogokan atau rasuah
Contoh ayat
Akauntan yang makan suap itu ditangkap oleh pihak berkuasa.
132. Mandi kerbau
Maksud
Mandi dengan tidak membersihkan badan.
Contoh ayat
Amin mandi kerbau apabila terlewat bangun dari tidur.
133. Mandi peluh
Maksud
Basah dengan peluh.
Contoh ayat
Setiap hari Pak Cik Salim bermandi peluh mengusahakan kebun sayurnya.
134. Manis buah
Maksud
Manis yang sedikit sahaja.
Contoh ayat
Sedap pudding roti ini. Rasanya manis buah sahaja.
135. Masuk akal
Maksud
Tidak mustahil atau logic atau munasabah.
Contoh ayat
Saya tidak bersetuju dengan cadagannya yang langsung tidak masuk akal
itu.
136. Mata duitan
Maksud
Oran gyang mementingkan wang sahaja.
Contoh ayat
Jangan jadi mata duitan kerana kekayaan sahaja tidak dapat menjamin
kebahagiaan.
137. Mati akal
Maksud
Buntu atau kehabisan idea.
Contoh ayat
Indra tidka dapat menghabiskan esei yang ditulisnya itu kerana dia sudah
mati akal.
138. Mati katak
Maksud
Mati yang sia-sia sahaja.
Contoh ayat
Ramu mati katak apabila dia terlibat dalam kemalangan semasa meyertai
perlumbaan haram.
139. Memasang telinga
Maksud
Mendengar dengan sungguh-sungguh dan hati-hati.
Contoh ayat
Mereka memasan telinga untuk mendengar rahsia itu.
140. Membawa diri
Maksud
Menjaga dan menyesiauka diri dengan keadaan.
Contoh ayat
Dia
tidak mepunyai maslaah dalam pergaulan kerana dia pandai membawa diri.
PERUMPAMAAN
PEPATAH
BIDALAN
Ada batang mati,
adalah cendawan tumbuh
Maksud
Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.
Contoh ayat
“Janganlah awak risau. Walaupun kita tinggal di kampong,
rezeki untuk kita pasti ada. Kata orang ada batang mati, adalah cendawan
tumbuh,” kata Lukman kepada isterinya.
Ada gula ada semut
Maksud
Orang akan berkumpul di tempat mendapat rezeki dengna mudah.
Contoh ayat
Tidaklah menghairankan kalua kawasan perusahaan itu menjadi
tumpuan para peniaga kerana ada dula ada semut.
Ada padi masak,
adalah pipit
Maksud
Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang
berkumpul.
Contoh ayat
Semakin banyak pemuda di kampong itu yang berhijrah ke
bandar. Malumlah di sana banyak peluang pekerjaan. Kata orang ada padi masak,
adalah pipit.
Ada pasang
surutnya
Maksud
Untung dan malang nasib seseorang tidaklah tetap.
Contoh ayat
Walaupun hari ini kita gagal, namun siapa tahu suatu hari
kelak kita akan Berjaya pula, kerana nasib kita ada pasang surutnya.
Ada rupa ada harga
Maksud
Harga barang menurut keadaannya.
Contoh ayat
Kain sutera ini sangat mahal, kerana ada rupa ada harga.
Ada sampan hendak
berenang
Maksud
Sengaja menyusahkan diri.
Contoh ayat
Berpenat lelah Datin Salbiah membersihkan rumahnya, padahal
dia mempunyai pembantu rumah. Beginilah yang dikatakan ada sampan hendak
berenang.
Adat juara kalah
menang
Maksud
Tiap-tiap usaha ada untung ruginya.
Contoh ayat
Nazir akan terus berusaha walaupun hasil perniagaannya pada
bulan ini tidak memuaskan. Dia menyedari bahawa adat juara kalah menang.
Ada udang di
sebalik batu
Maksud
Ada sesuatu maksud tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan
atau perkataan.
Contoh ayat
“Berhati-hatilah apabila seseorang itu berbuat baik dengan
kamu, kerana mungkin ada udang di sebalik batu,” jelas Cikgu Fazli kepada
anak-anak muridnya.
Air dicencang
tiada putus
Maksud
Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh
persilisihan.
Contoh ayat
Puan Nora tidak menghiraukan perselisihan yang berlaku
antara kedua-dua orang anaknya itu. Dia menyedari bahawa air dicencang tiada
putus.
Air susu dibalas
dengan air tuba
Maksud
Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
Contoh ayat
“Jangan sekali-ali menjadi seperti Si Tanggang yang derhaka
itu. Air susu yang diberi oleh ibnya, dibalas dengan air tuba olehnya,” nasihat
Nenek Timah kepada cucunya.
Air yang dingin
juga yang dapat memadamkan api
Maksud
Kata-kata yang lemah lembut sahaja yang dapat meredekan
kemarahan seseorang.
Contoh ayat
Alif sedar bahawa air dingin juga yang dapat memadamkan api.
Oleh itu, dia memujuk Ravin yang sedang marah dengan kata-kata yang sopan dan
lemah lembut.
Alah bias tegal
biasa
Maksud
Pekerjaan yang susah akan menjadi jika selalu dilakukan.
Contoh ayat
Memang susah membuat kerja tangan ini, tetapi kalau dibuat
dengan tekun akan menjadi mudah.Kata orang, alah bias tegal biasa.
Alah membeli
menang memakai
Maksud
Barang yang bermutu memang mahal harganya, tetapi dapat
dipakai lama.
Contoh ayat
Kain langsir ini sudah lima tahun saya pakai. Walaupun
harganya mahal tetapi tahan lama. Kata orang membeli menang memakai.
Alang-alang
berdakwat biar hitam
Maksud
Setiap kerja yang dibuat biarlah sempurna, jangan separuh
jalan sahaja.
Contoh ayat
Amin selalu disindir kawan-kawannya. Namun, dia tetap
berusaha untuk menjadi petani yang Berjaya. Baginya, alang-alang berdakwat biar
hitam.
Anak baik menantu
molek
Maksud
Kalau mendapat untung baik, maka keuntungan itu berganda-ganda.
Contoh ayat
Semalam Suzi telah mendapat wang tunai berjumlah RM2000
karana memenangi suatu peraduan. Hari ini pangkatnya dinaikkan pula. Bak kata
orang, anak baik menantu molek.
Anak harimau
jangan dipela pelihara
Maksud
Jangan berbuat baik kepada orang yang suka berbuat jahat.
Contoh ayat
Pengawas itu menasihati kami supaya menjauhkan diri daripada
pemuda-pemuda liar itu. Katanya, anak harimau jangan dibela pelihara, kelak
buruh padahnya.
Anak harimau
takkan menjadi anak kambing
Maksud
Anak orang besar biasanya jadi orang besar juga.
Contoh ayat
Anak Datuk Iskandar kini menjadi pengarah urusan di sebuah
syarikat terkemuka. Kata orang, anak harimau takkan menjadi anak kambing.
Anak kucing
menjadi harimau
Maksud
Ada kalana anak orang miskin jadi kaya atau anak orang
kebanyakan jadi orang besar.
Contoh ayat
Janganlah menghina pelajar yang miskin itu, kerana tidak
mustahil suatu hari kelak anak kucing menjadi harimau.
Anak sungai lagi
barubah,inikan pula hati orang
Maksud
Pendirian yang tidak tetap.
Contoh ayat
Tidaklah menghairankan kalau tiba-tiba dia membuat keputusan
untuk berpisah dengan isterinya kerana anak sungai lagi berubah, inikan pula
hati berubah, inikan pula hati orang.
Anjing menyalak
bukit, takkan runtuh
Maksud
Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan
binasa kebaikannya.
Contoh ayat
Cubaan Pak Cik Razak untuk menjatuhakn nama baik Ustaz
Hakimi nampaknya tidak berhasil kerana anjing menyalak bukit, takkan runtuh.
Antah berkumpul
sama antah, beras bersama beras
Maksud
Setiap orang yang selalu mencari orang yang sama darjat,
pangkat, atau kedudukan dengannya.
Contoh ayat
Faiz lebih senang bergaul dengan orang yang setaraf
dengannya daripada bercampur dengan golongan kaya itu. Baginya, biarlah antah
berkumpul sama antah, beras bersama beras.
Api kecil baik
dipadamkan
Maksud
Basmilah kejahatan sementara baru bermula.
Contoh ayat
Encik Omar akan mendenda anak-anaknya yang berbuat salah.
Baginya api kecil baik dipadamkan.
Api mekam sekam
Maksud
Perbuatan jahat atau dendam yang tersembunyi.
Contoh ayat
Encik Segaran telah menyebarkan pelbagai fitnah secara diam
untuk menjatuhkan nama baik Encik Chong. Itulah yang dikatakan api mekam sekam.
Awal dibuat akhir
diingat
Maksud
Sebelum membuat sesuatu pekerjaan, baiklah fikirkan
masak-masak supaya selamat.
Contoh ayat
Bagimana tentang rancangan kami kemukakan tadi?
Berikan kami masa untuk memikirkan rancangna itu
masak-masak. Kata orang awal dibuat akhir diingat.
Ayam dapat, musang
dapat
Maksud
Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tidak hilang.
Contoh ayat
Pihak polis berjaya menangkap pencuri yang memasuki rimah
Encik Idham dan merampas semula barangan yang telah dicuri itu. Kata orang,
ayam dapat , musang pun dapat.
Ayam menang,
kampong tergadai
Maksud
Keberuntungan yang tidak ada faedahnya.
Contoh ayat
Bagi Anding, sia-sia sahaja dia memenangi pertandingan
kereta berhias itu kerana modal yang dikeluarkannya lebih besar daripada hadiah
yang diterimanya. Itulah yang dikatakan ayam menang, kampong tergadai.
Ayam tak patuk,
itik pun tak sudu
Maksud
Keadaan orang yang hina dalam masyarakat.
Contoh ayat
Usahlah kamu hiraukan pandangna orang lain, Jalil. Orang
miskin macam kita ini, ayam tak patuk, itik pun tak sudu.
Bacang dibungkus
baunya keluar juga
Maksud
Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.
Contoh ayat
“Bacang dibungkus baunya keluar juga, Hadi. Tka usahlah kamu
hendak berahsia lagi tentang perkahwinan kamu.
Baik
berjagung-jagung sementara padi belum masak
Maksud
Sementara belum ada yang lebih baik, baiklah digunakan
dahulu apa-apa yang ada walaupun kurang baik.
Contoh ayat
Pak Husin menggunakan kerbau untuk membajak sawahnya
sementara belum berupaya membeli traktor. Baginya, baik berjagung-jagung
sementara padi belum masak.
Bangkai gajah
dapatkah ditutup dengan nyiru?
Maksud
Kejahatna yang besar tidak dapat disembunyikan.
Contoh ayat
Biar bagaimanapun dia mencuba untuk menutup kes penyelwengan
wang syarikat itu, namun bangkai gajah dapatkah ditutup dengan nyiru?
Bapa borek, anak
rintik
Maksud
Anak mencontoh kelakuan bapanya.
Contoh ayat
Sikap panas baran dan bengis Pak Leman ada pada anaknya,
Daud. Beginilah yang dikatakan bapa borek, anak rintik.
Belakang parang
sekalipun, kalau diasah nescaya akan tajam juga
Maksud
Biar bodoh seklaipun, kalau belajar sungguh-sungguh akan
menjadi pandai juga.
Contoh ayat
Walaupun sudah dua kali gagal dalam peperiksaan, namun Oyuk
tidak putus asa. Dia yakin bahawa belakang parang seklaipun, kalau diasah
nescaya ka tajam juga.
Belum duduk sudah
berlunjur
Maksud
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang
hati lebih dahulu.
Contoh ayat
“Soon Heng, janganlah belum duduk sudah berlunjur, kerana
belum pasti kamu berjaya dalam temu duga itu,” kata Zul.
Belum menetas
sudah dibilang
Maksud
Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.
Contoh ayat
Keputusan peperiksaan murid-murid itu masih belum diketahui,
tetapi mereka sudah bergembira. Itulah kata orang belum menetas sudah dibilang.
Bercermin di air
keruh
Maksud
Mencontoh perbuatan yang kurang baik.
Contoh ayat
Apabila melihat lelaki itu membuang sampah ke dalam
longkang, Tuck Seng pun membuang sampah keluar dari tangkap bas. Perbuatannya
itu samalah dengna bercermin di air keruh.
Berherapkan pagar,
pagar makan padi
Maksud
Berharapkan orang yang kita percayai tetapi orang itu
membinasakan kita.
Contoh ayat
“Pembantu rumah saya telah melarikan barang-barang kemas.
Berharaplah pagar, pagar makan padi,” kata Puan Mei Ling.
Berketak dulu
sebelum bertelur
Maksud
Bersuka ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan
keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan.
Contoh ayat
Harun, kalau aku kaya, aku nak berkereta besar. Biar semua
orang kampong melopong memandang aku.
Kamu ini asyik berangan saja, Budin. Kolam ikan pun belum
kamu buat lagi. Kamu suka berketak dulu sebelum bertelur.
Berlayar atas
angina
Maksud
Berbuat sesuatu atas belanja orang lain.
Contoh ayat
“Seronok betul mereka hendak pergi melawat ke Kuala Lumpur.
Semua perbelanjaan ditanggung oleh Persatuan Belia. Mereka hanya berlayar atas
angina,” kata Haji Dollah kepada Pak Seman.
Bernasi di balik
kerak
Maksud
Masih ada sesuatu yang belum selesai.
Contoh ayat
Ibu terpaksa pulang ke kampong kerana urusannya dengan datuk
masih bernasi di balik kerak.
Berpatah arang
berkerat rotan
Maksud
Memutuskan tlai persahabatan
Contoh ayat
Perangai arid memang teruk. Kerna kesalahan kecil sahaja,
dia sanggup berpatah arang berkerat rotan dengan kawan baiknya.
Betanam tebu di
hilir
Maksud
Memutuskan tali persahabatan.
Contoh ayat
Saya ragu-ragu akan kata-katanya yang lemak manis dia hanya
bertanam tebu di bibir.
Bertepuk sebelah
tangan tak akan berbunyi
Maksud
Sesuatu kejadian tidak mungkin akan berlaku daripada satu
pihak sahaja.
Contoh ayat
Pertengkaran itu tidak akan berlaku sekiranya Maria tidak
melawan kata-kata Puan Idah.
Besar suap
daripada mulut
Maksud
Belanja lebih besar daripada pendapatan.
Contoh ayat
Khalida bersikap besar suap daripada mulut. Pendapatannya
tidak mampu menampung perbelanjaannya.
Besi baik tiada
berkarat
Maksud
Budi baik tidak dilupakan.
Contoh ayat
Dermawan itu telah menghulurkan bantuan kewangan kepada Pak
Abas pak Abas tidak akan melupakan budi baik dermawan itu. Baginya, besi baik
tiada berkarat.
Biawak kudung
masuk kampong
Maksud
Orang jahat yang dikenal ramai.
Contoh ayat
“Ibu Bawang Putih terkenal dengan sikap zalimnya. Dia selalu
menyeksa anak tirinya, Bawang Merah. Dalam masyarakat Melayu, ia dianggap
sebagai biawak kudung masuk kampung,” carita Nenek Piah kepada cucu-cucunya.
Bila kucing tidak
bergigi, tikus berani melompat tinggi
Maksud
Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka
orang-orang bawahan pun berleluasalah melakukan sekehendak sendiri.
Contoh ayat
Para pekerja itu mula berbual dan bergurau senda di dalam
pejabat apabila ketua mereka Encik Khusyairi dilucutkan jawatannya. Nampaknya,
bila kucing tidak bergigi, tikus berni melompat tinggi.
Bodoh-bodoh sepat
tak makan pancing emas
Maksud
Orang bodoh sekalipun tahu juga memilih apa-apa yang baik
untuknya.
Contoh ayat
Walaupun Zaril kebodoh-bodohan tetpai dia masih tahu memilih
pakaian yang sesuai untuk dirinya. Tepatlah kata bidalan bodoh-bodoh sepat tak
makan pancing emas.
Buah masak merah
belum tentu manis rasanya.
Maksud
Orang yang elok rupanya itu belum tentu baik perangaiya.
Contoh ayat
Gadis itu memang cantic tetapi pemalas. Benarlah kata orang
buah masak merah belum tent manis rasanya.
Bukit sudah
menjadi busut
Maksud
Orang berpangkat
telah diturunkan pangkatnya.
Contoh ayat
Pagawai itu telah diturunkan pangkatnya menjadi kerani iasa
kerana gagal menunjukkan prestasi yang
baik. Inilah yang dikatakan bukit suah menjadi busut.
Bumi mana yang
tidak ditimpa hujan?
Maksud
Setiap orang ada masanya berbuat salah.
Contoh ayat
“Saya maafkan kamu. Saya pun pernah berbuat salah seperti
itu. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan?” kata Radha.
Burung terbang
dipipiskan lada
Maksud
Sudap bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum
diperoleh.
Contoh ayat
Haris menempah sebuah rumah besar. Dia mengharapkan
keuntungan daripada perniagannya itu. Sikap sebeginilah yang dikatakan orang,
urung trbang dipipiskan lada.
Cacing hendak
menjadi naga
Maksud
Orang kecil henda kmenyamai orang besar.
Contoh ayat
Kerani yang berlagak sebagai pengurus itu cacing hendak
menjadi naga.
Cencaru makan
petang
Maksud
Pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil.
Contoh ayat
Kamal baru sahaja menanam anak pokok durian di dusunnya. Dia
haris menunggu betahun-tahun lamanya untuk melihat pokok duriannya berbuah.
Itulah yang dikatakan cencaru makan petang.
Cepat kaki, ringan
tangan
Maksud
Rajin dan cepat bekerja
Contoh ayat
Majikannya sangat saying kepadanya kerana dia capt kaaki,
ringan tangan.
Dapat durian
runtuh
Maksud
Mendapat keuntungan denga tidak bersusah-payah.
Contoh ayat
Pekerja-pekerja di kilang itu akan mendapat durian runtuh
pada akhir tahun ini kerana pihak majikan akan memberikan mereka bonus sebanyak
tiga bulan gaji.
Darah setampuk
pinang
Maksud
Belum berpengalaman
Contoh ayat
“Darah baru setampuk pinang sedah ehndak menjadi penglima,”
kata orang yang mengamuk itu kepada Hang Tuah.
Diam penggali
berkarat
Maksud
Ilmu yang disimpan sahaja lama-lama akan hilang juga.
Contoh ayat
Dia terlupa akan cara menggubah hantaran perkahwinan itu
kerana sudah lama tidak membuatnya. Benarlah kata orang, diam penggali
berkarat.
Diberi betis
hendak paha
Maksud
Diberi sedikit lalu handak minta banyak.
Contoh ayat
Sesudah diberikan sebungkus gula, lelaki itu meminta secupak
beras pula. Nampaknya lelaki itu sudah diberi betis hendak paha.
Didengar ada,
dipakai tidak
Maksud
Nasihat yang dipersia-siakan.
Contoh ayat
Saya tidak akan menasihatinya lagi kerana smeua nasihat itu
hanya diengar ada, dipakai tidak.
Di mana semut mati
kalau tidak dalam gula
Maksud
Manusia selaluya terperangkap oleh pujuk rayu dan
puji-pujian.
Contoh ayat
Dia dalam kesusahan sekarang kerana terpedaya oleh
janji-janji kawannya. Benarlah kata orang di mana semut mati kalau tidak dalam
gula.
Dipanggang tiada
hangus
Maksud
Selamat dalam menepuh berbagai-bagai percubaan.
Contoh ayat
Lalaki itu telah berjaya menempuh pelbagai cubaan untuk
menjadi seorang pendekar yang dipanggang tiada hangus.
Direndam tak basah
Maksud
Sesuatu yang sangat sukar dikalahkan.
Contoh ayat
Setahu saya, pasukan hoki sekolah itu sangat handal; kata
orang, direndam tak basah.
Disangka panas
sampai petang, kiranya hujan tengah hari
Maksud
Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi
tiba-tiba ditimpa bencana, sehinga jatuh melarat
Contoh ayat
Perniagaan Encik Wafi yang dulunya maju kini merosot dan
hampir muflis apabila dia ditipu oleh rakan kongsinya. Inilah yang dikatakan
disangka panas sampai petang, kiranya hujan tengah hari.
Durian dengan
mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa
Maksud
Orang yang lemah itu tidak berdaya melawan orang yang
berkuasa, kerana baik, salah, ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.
Contoh ayat
Iqbal tidak mahu melawan kata-kata Tuan Azim kerana baginya
durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa.
Emas berpeti,
kerbau berkandang
Maksud
Harta benda harus disimpan baik-baik di tempat masing-masing
supaya selamat.
Contoh ayat
Puan Rani menyimpan barang kemasnya di dalam peti besi
kerana baginay emas berpeti, kerbau berkandang.
Empat sudah
bersimpul satu
Maksud
Kesempurnaan diperoleh daripada empat orang, iaitu orang
yang bherilmu, orang yang berakal, orang yang mahir, dan orang yang rajin.
Contoh ayat
Apabila empat sudah bersimpul satu dalam rancangan bersama,
sudah pasti rancangan itu akan berjaya dilaksanakan.
Gajah dialahkan
oleh pelanduk
Maksud
1.
Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang
lemah;
2.
Anak orang bangsawan yang diperisteri oleh orang
kabanyakan.
Contoh ayat
Saya tidak menyangka bahawa Rashid akan berkahwin dengan
kerabat diraja. Nampaknya gajah dialahkan oleh pelanduk.
Gajah dipandang
seperti kuman
Maksud
Orang yang naik marah tidak gentar menentang orang besar walaupun
mahupun lawannya.
Contoh ayat
Ongkili tidak gentar untuk menentang budak yang memfitnahnya
itu. Kerana terlalu marah gajah dipandang nya seperti kuman.
Gajah mati kerana
gadingnya
Maksud
Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.
Contoh ayat
Kerana terlalu yakin akan kecekapannya memandu, dia
menyertai pertandingan lumba kereta, tetapi akhirnya dia mendapat kemalangan.
Itulah kata orang, gajah mati kerana gadingnya.
Genggam bara api
biar sampai jadi arang
Maksud
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar
sehingga mencapai kejayan.
Contoh ayat
Encik Kamal menasihati anaknya supaya tekun belajar sehingga
berjaya mendapat segulung ijazah, genggam bara api biar sampai jadi arang.
Gigi dengan ldah
ada kalanya tergigit juga
Maksud
Perselisihan sering juga berlaku antara suami isteri, saudara-mara,
atau sahabt handai.
Contoh ayat
Perkelahian antara Diana dengan sepupunya itu perkara biasa,
maklumlah sahajalah, gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga.
Harga hati hendak
peluk gunung, daya tangan tak sampai
Maksud
Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya hendak
mencapainya.
Contoh ayat
Naqib teringin hendak melancong ke serata dunia tetapi dia
tidak mempunyai wang yang banyak. Ebeginilah kata orang, harga hati hendak
p0eluk gunung, apa daya tangan tak sampai.
Harimau mati kerana
belangnya
Maksud
Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya
Contoh ayat
Izudin murid yang pintar dan selalu mendapat tempat pertama
di dalam kelasnya. Dia telah dipukul oleh sekumpulan murid yang cemburu akan
kejayaannya. Benarlah kata orang, harimau mati kerana belangnya.
Hari tidak
selamanya panas
Maksud
Untung dan malang silih berganti.
Contoh ayat
“Hari tidak selamanya panas. Oleh sebab itu, janganlah kamu
terus bersedih hati kerana kegagalan,” kata Surinder.
Hati hendak semua
jadi
Maksud
Jika ada kemahuan, semua perkara dapat dikerjakan.
Contoh ayat
Setelah menempuh pelbagai cabaran, akhirnya dia berjaya
mengusahakan tanah yang terbiar itu. Kata orang, hati hendak semua jadi.
Hendak belajar
berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Maksud
Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang
yang ahli dalam perkara itu.
Contoh ayat
Nabila akan bertanya kepada guru yang mengajarnya jika ada
perkara yang tidak difahaminya. Baginya hendak belajar berenang dapatkan itik,
hendak belajar memanjat dapatkan tupai.
Hendak terbang
tiada sayap
Maksud
Ingin berbuat sesuatu tetpai tidak berdaya.
Contoh ayat
Fardi inign menyertai acara lumba lari itu, tetapi malangnya
dia menghidap penyakitr lelah. Begitulah nasib orang yang hendak terbang tiada
sayap.
Hilang di amta, di
hati jangan
Maksud
Walaupun berjauhan, tetap ingat di hati.
Contoh ayat
Asiah tidak pernak lupa kepada Alia walaupun telah berpindah
ke tempat lain. Kata orang, hilang di mata, di hati jangan.
Hilang kemarau
setahun oleh hujan sehari
Maksud
Kebaikan hilang kerana yang sedikit.
Contoh ayat
Nama Kesavan tercemar kerana dia ditangkap ketika ponteng
sekolah. Murid-murid dan guru-guru di sekolahnya leka memperkatakan hal itu
sehingga mereka terlupa akan kebaikannya selama ini. Itulah kata orang, hilang
kemarau setahun oleh hujan sehari.
Indah khabar
daripada rupa
Maksud
Perkhabaran yang selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan
yang sebenarnya.
Contoh ayat
Apabila saya melawat ke kawasan rekreasi yang terkenal itu,
barulah saya mengetahui bahawa keadaan di situ indah khabar daripada rupa.
Intan berlian
jangan dipijakkan
Maksud
Untung bahagia jangan dielakkan
Contoh ayat
“Intan berlian jangan dipijakkan. Oleh sebab itu, janganlah
kamu menolak tawaran bekerja di bandar itu,” kata ayah kepada Umairah.
Itik berenang
dalam air mati kehausan
Maksud
Menderita kesusahan meskipun banyak mata wang atau
berpangkat tinggi.
Contoh ayat
Walaupun mempunyai harta yang banyak, tetapi hartawan itu
selalu berasa sedih dan susah keraan mengenagkan nasibnya yang tidak mempunyai
anak. Inilah yang dikatakan itik berenang dalam air mati kehausan.
Itik dimandikan
takkan basah
Maksud
Orang yang degil tidak akan mendengar nasihat atau ajaran.
Contoh ayat
Walaupun sudah ebrkali-kali dinasihati supaya tidak
bertengkar lagi, tetapi budak- budak yang degil itu langsung tidak mendengar
nasihat ibu mereka. Benarlah kata orang, itik dimandikan takkan basah.
Jangan berebutkan
tembikar pecah
Maksud
Janganlah berkelahi kerana memperebutkan sesuatu yang tidak
ada gunanya.
Contoh ayat
“Liza, Linda, jangan berebutkan tembikar pecah. Bukankah
basikal itu sudah buruk dan tak dapat digunakan lagi?” kata Puan Rohani kepada
anak-anaknya.
Jangan berludah ke
langit’
Maksud
Jangan mengeji ibu bapa atau saudara-mara sendiri.
Contoh ayat
Jangan sekali-kali kita berludah ke langit, kerana perbuatan
begitu samalah dengan mengeji diri sendiri.
Jangan diajar
orang tua makan kerak
Maksud
Tidak usah diajar orang yang sudah tentu.
Contoh ayat
“Jangan diajar orang tua makan kerak. Maksud saya, janganlah
kamu ajar Lamin bermain badminton kerana dia memang selalu mewakili sekolah
kita dalam pertandingan badminton,” kata Alif kepada Gunalan.
Jangna merempuh
sarang lebah
Maksud
Bahaya jangna dicari-cari.
Contoh ayat
“Lelaki itu kurang siuman. Oleh sebab itu, janganlah kamu
mengusiknya. Kat aorang, jangan merempuh sarang lenah,” kata Nabil kepada
Ahmad.
Jangan seperti si
buta mematahkan tongkat
Maksud
Jangan bermusuh dengna orang yang menolong kita.
Contoh ayat
“Jangan seperti si buta mematahkan tongkat. Budak itulah
yang telah menyelamatkan kamu semasa kamu nyaris-nyaris lemas di sungai dulu.
Jadi janganlah kamu bermusuh dengannya,” kata Rizal kepada Tan Meng.
Jauhari juga yang
mengenal manikam
Maksud
Orang yang bijaksana juga yang dapat melakukan penilaian
yang tepat.
Contoh ayat
Bertanayalah kepada orang yang arif tentang hokum agama ini,
kerana jauhari juga yang mengenal manikam.
Jauh panggang dari
api
Maksud
Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.
Contoh ayat
Celaan yang ditujukan kepada pelajar baharu itu tidak benar;
jauh panggang dari api, kerana ternyata dia pelajar yang rajin belajar.
Jika hati tak
suka, madu diminum serasa cuka
Maksud
Menunjukkan kebencian.
Contoh ayat
“Sikap menantu kita itu betul-betul buat saya kecil hati.
Kata orang, jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka. Bagitu ketara sekali
dia membenci kita, bang,” adu Mak Timah kepada suaminya.
Jika tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapa sagunya
Maksud
Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan
bersusah payah.
Contoh ayat
Kita mesti belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang. Bak kata orang, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya.
Jika ular menyusur
akar, tiada hilang bisanya
Maksud
Orang yang berpangkat atau berdarjat tidak akan hilang
darjatnya jika bergaul dengan orang bawahan.
Contoh ayat
Walaupun gadis itu daripada keluarga berdarjat, namun dia
selalu beramah-ramah dengan kami. Dia tahu bahawa jika ular menyusur akar,
tiada hilang bisanya.
Jong pecah, yu
yang kenyang
Maksud
1.
Jika ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat
keuntungan daripada kerusuhan itu;
2.
Kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi yang
lain.
Contoh ayat
Semakin banyak kereta yang rosak semakin banyaklah keuntungan
yang diperoleh oleh pemilik bengkel kereta itu. Itulah kata orang, jong pecah,
yu yang kenyang.
Kaduk naik junjung
Maksud
Orang yang hina apabila mendapat pangkat atau kekayaan
berbuat mengada-ngada.
Contoh ayat
Sejak menjadi isteri orang kaya itu, perangai Jamilah mula
berubah. Dia selalu memarahi dan emnghina pembantu rumahnya sedangkan dia juga
berasal daripada keluarga yang miskin. Nampaknya, Jamilah sudah menjadi kaduk
naik junjung.
Kalau ada asap,
tentu ada api’
Maksud
Jika berlaku sesuatu, tentu ada sebabnya.
Contoh ayat
Tentu ada sebabnya maka dia bermasam muka dengna kamu. Kata
orang, kalau ada asap, tentulah ada apinya.
Kalau asal benih
yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Maksud
Seseorang yang berketurunan baik akan tetap baik walau di
mana dia berada.
Contoh ayat
Walaupun guru itu baru sahaja berpindah ke kampung ini,
namun dia disukai oleh penduduk kampung. Itulah kata orang, kalau asal benih
yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
Ke mana tumpah
kuah kalau tidak ke nasi
Maksud
Baik buruk seseorang bapa itu sedikit sebnayak turun ke
anaknya.
Contoh ayat
Tidaklah mengharinakan kalau Mukhriz ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.
Lain mulut lain di
hati
Maksud
Yang dikatakan berlainan dengan yang berada di dalam hati.
Contoh ayat
Karmila mengatakan bahawa lukisan Najwa itu cantic tetapi
dalam hatinya dia engatakan bahawa lukisan kawannya itu buruk. Inilah yang
dikatakan lain di mulut lain di hati.
Lunak gigi daripada
lidah
Maksud
1.
Merendah diri;
2.
Bersikap lemah lembut.
Contoh ayat
Lunak lagi gigi daripada lidahnya apabila dia hendak
meminjam sesuatu daripada saya.
Makan hati berulam
jantung
Maksud
Bersusah hati kerana perbutaan orang lain yang menyedihkan
hati.
Contoh ayat
Mak Leha makan hati berulam jantung oleh sikap anakna, Farid
yang suka melawan kata-katanya.
Makin murah, makin
menawar
Maksud
Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta.
Contoh ayat
“Sesudah dibelikan motosikal, dia meminta kereta pula.
Nampaknya Razak ini makin murah, makin menawar.
Malas menggerit,
perut perit
Maksud
Apabila kita malas berusaha, kita akan mendapat kesusahan.
Contoh ayat
Dalam dunia sekarnag, kalau mals menggerit, perut perit,
tidak ada sesiapa yang kaan menolong kita.
Menetak dengna
belakang parang
Maksud
Menyuruh orang malas bekerja.
Contoh ayat
Mak Esah menyuruh anaknya, Talib yang pemalas itu membantu
suaminya di kebun tetap Talib terus menyambung tidurnya. Inilah yang dikatakan
menetak dengan belakang parang.
Menjadi kambing
hitam
Maksud
Orang yang dipersalahkan dalam sesuatu kejadian.
Contoh ayat
Pihak polis percaya bahawa Kmaran Cuma menjadi kambing hitam
dalam kes penculikan anak hartawan itu, sedangkan penculik sebenarnya masih
bebas.
Minyak dan air bolehkah
bercampur?
Maksud
Tak akan dapat bersatu kerana bermusuhan.
Contoh ayat
Kok Leong dan Chee Seng sudah lama bermusuhan. Mereka tidak
mungkin berbaik-baik semula. Bak kata orang, minyak dan air bolehkah bercampur?
Naga ditelan ular
lidi
Maksud
Anak orang bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan.
Contoh ayat
Kerabat diraja itu telah berkhawin dengan seorang pemuda
kampung. Beginilah yang dikatkaan naga ditelan ular lidi.
Nasi sudah menjadi
bubur
Maksud
Sudah terlanjur, tidak dapat diubah lagi.
Contoh ayat
Tiada gunanya kamu menyesali perbuatanmu itu. Sekarang asi
sudah menjadi bubur.
Nyamuk mati, gatal
tak lepas
Maksud
Menaruh dendam kepad aorang yang berbuat jahat, meskipun
yang jahat itu sudah dihukum.
Contoh ayat
Kuldip masih berdendam kepada lelaki yang telah menyebabkan
kematian adiknya itu cbiarpun lalki itu sudah menjalani hukuman oenajra. Inilah
yang dikatkan, nyamuk mati, gatal tak lepas.
Orang buta diberi
bersuluh
Maksud
Melakukan perbuatan yang sia-sia.
Contoh ayat
Menyesal saya menceritakan kisah yang terkandung dalam buku
itu kepadanya, kerana daia sudah membacanya. Inilah yang dikatkan orang buta
diberi bersuluh.
Orang mengantuk
disorongkan bantal
Maksud
Memperoleh sesuatu yang diinginkan.
Contoh ayat
Pelawaannya supaay sya menamaninya pergi ke tempat
peranginan itu sangat menggembirakan saya.
Kata orang, orang yang mengantuk disorongkan bantal kerana sudah lama
syaa hendak ke sana.
Pancing makan
umpan
Maksud
Orang yang kita harapkan berkhianat kepada kita.
Contoh ayat
Anak Datuk Mustaqim telah diculik oleh pemandunya sendiri.
Inilah yang dikatakan pancing makan umpan.
Patah kemudi
perahu hanyut
Maksud
Sesuatu kaum atau masyarakat apabila hilang pemimpinnya,
akan menjadi kucar-kacir.
Contoh ayat
Sejak ketua kampung itu meninggal dunia, banyak maslaah yang
timbul di kampung itu. Benarlah kata orang, patah kemudi perahu hanyut.
Patah tumuh hilang
berganti
Maksud
Terus-menerus ada gantinya.
Contoh ayat
Cikgu Hayati telah menggantikan Cikgu Yuen yang berpindah ke
Melaka. Nampaknya, patah tumbuh hilan berganti.
Pelanduk dua
serupa
Maksud
Dua orang yang serupa benar.
Contoh ayat
Wajah kedua-dua adik-beradik kembar itu serupa benar. Inilah
yang dikatkaan pelanduk dua serupa.
Pipit hendak
menjadi enggang
Maksud
Ingin melakuakan sesuatu yang melebihi kesanggupan.
Contoh ayat
“Gadis itu tidak setaraf dengan kita. Dia anak orang berada.
Nanti kita dikatai orang, pipit hendak menjadi enggang,” kata ibu Tanggang.
Rumah buruk disapu
Maksud
Perempuan tua yang suka bersolek.
Contoh ayat
Walaupun Mak Lijah sudah tua, tetapi dia gemar bersolek.
Inilah yang dikatakan rumah buruk disapu cat.
Rumah sudah, pahat
berbunyi
Maksud
Bersungut tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan.
Contoh ayat
Walaupun majlis perkahwinan itu sudah selesai, namun masih
ada orang yang bercakap-cakap mengenainya. Itulah kata orang, rumah sudah,
pahat berbunyi.
Sambil menyelam
minum air
Maksud
Membuat dua kerja seklai gus.
Contoh ayat
Sambal belajar, Ani bekerja sambilan untuk membiayai pengajiannya.
Kata orang, sambal menyelam minum air.
Sampah itu di tepi
juga
Maksud
Orang yang hina seringkali tidak diendahkan orang.
Contoh ayat
Orang ramai yang laku-lalang di jaaln itu langsung tidak
mengendahkan pengemis itu. Maklumlah sampah itu di tepi juga.
Sarang tebuan
jangan dijolok
Maksud
Jangan sengaja mencari kesusahan.
Contoh ayat
Bapa melarang kami campur tangan dalam perkelahian antara
budak-budak itu. Kata bapa, sarang tebuan jangan dijolok, kelak diri sendiri
binasa.
Sebab mulut leher terjerat
Maksud
Kecelakaan yahng timbul kerana percakapan
Contoh ayat
Lelaki itu dipukul kerana suak membuat fitnah. Inilah yang
dikatakan sebab mulut leher terjerat.
Sebab nila
setitik, rosak susu sebelanga
Maksud
Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan.
Contoh ayat
Nama Encik Ah Kit tercemar kerana dia didapati bersalah
menerima rasuah. Masyarakat leka memperkatkaan kesalahannya itu sehingga mereka
terlupa akan ajsa-jasanya selama ini. Itulah kata orang, sebab nila setitik,
rosak susu sebelanga.
Sebelum ajal
berpantang mati
Maksud
Tidak akan mati sebelum sampai waktunya yang ditentukan oleh
Tuhan.
Contoh ayat
Walaupun kemalangan itu sangat dahsyat, namun pemandu kereta
itu masih dapat diselamatkan. Inilah yang dikatakan sebelum ajal berpantang
mati.
Sediakan payung
sebelum hujan
Maksud
Berjaga-jaga sebelum kita mendapat bencana.
Contoh ayat
Sebelum memulakan perjalanan itu, dia memastikan bahawa
kereanya dalam keadaan selamat. Baginya lebih baik sediakan payung sebelum
hujan.
Segan bertanya
sesat jalan
Maksud
Orang yang tidak mahu bertanya apabila menghadapi masalah
akan mendapat kesusahan akhirnya.
Contoh ayat
Kerana tidak mahu bertanya, akhirnya Helmi dan Wahab
tersalah jalan semasa mencari rumah Ana. Kata orang, segan bertanya sesat
jalan.
Selama hayat
dikandung badan
Maksud
Selama masih hidup.
Contoh ayat
Selama hayat dikandung badan, Nasrul berjanji untuk membantu
keluarganya di kampung.
Sudah jatuh
ditimpa tangga
Maksud
Ditimpa bencana berturut-turut.
Contoh ayat
Pada minggu lalu keluarganya terlibat dalam kemalangan;
semlaam mereka kecurian pula. Beginilah kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga.
Ukur baji di badan
sendiri
Maksud
Melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan diri sendiri.
Contoh ayat
Sebelum kamu menyertai pertandingan itu, ukur baju di badan
sendiri
BANDINGAN
Adil laksana hakim
Contoh ayat
Ayah tidak pernah membeza-bezakan kami adik-beradik. Layanan
yaah terhadap kami adil laksana hakim.
Angkuh seperti
merak
Contoh ayat
Kita akan dibenci oleh masyarakat jika kita besikap angkuh
seperti merak.
Baik seperti
malaikat
Contoh ayat
Haji Daud bukan sahaja pemurah malah dia baik seperti
malaikat.
Bebas seperti
burung
Contoh ayat
Sejak dibebaskan dari pusat tahanan itu, dia berasa bebas
seperti burung.
Becok seperti
mulut murai
Contoh ayat
Sejak dari tadi lagi Zarina mengomeli anaknya. Mulutnya
becok seperti mulut murai.
Berani seperti
singa
Contoh ayat
Komando-komando itu berani seperti singa.
Besar seperti
gajah
Contoh ayat
Siew Lim kuat makan, tidak hairanlah jika badannya besar
seperti gajah.
Bijak seperti
pendeta
Contoh ayat
Kita mestilah rajin membaca buku jika ingin menjadi bijak
seperti pendeta.
Bodoh seperti
lembu
Contoh ayat
Budin menurut apa-apa sahaaj yang diperuntukkan oleh orang
lain. Dia intu bodoh seperti lembu.
Bulat seperti bola
Contoh ayat
Dunia ini bulat seperti bola.
Busuk seperti
bangkai
Contoh ayat
Sampah sarap yang berlonggok itu berbau busuk seperti
bangkai.
Cantik seperti
bidadari
Contoh ayat
Banyak lelaki yang terpikat kepada gadis yang cantik seperti
bidadari itu.
Cepat seperti
kilat
Contoh ayat
Tidak ada sesiapa pun yang dapat mencabar Ali berlari kerana
larinya cepat seperti kilat.
Cerah seperti
siang
Contoh ayat
Keadaan di pesta pada malam itu cerah seperti siang.
Cerdik seperti
kancil
Contoh ayat
Dia akhirnya dapat memperdaya penjaaht itu. Dia cerdik
seperti kancil.
Degil seperti
keldai
Contoh ayat
Segala nasihat Murni tidak dipedulikan oleh adiknya yang
degil seperti keldai itu.
Gagah seperti
gergasi
Contoh ayat
Hero dalam filem itu gagah seperi gergasi. Kereta yang berat
itu terangkat olehnya.
Garang seperti
singa
Contoh ayat
Ibu tirinya garang seperti singa.
Gebu seperti kapas
Contoh ayat
Kek pandan itu gebu seperti kapas.
Gelap seperti
malam
Contoh ayat
Kami tidak dapat melihat apa-apa di dalam bilik itu kerana
keadaannya gelap seperti malam.
Gelojoh seperti
langau
Contoh ayat
“Jangan gelojoh speeti langau, nanti ketulangan,” pesan nenek
ketika kami sedang makan.
Gemuk seperti
badak
Contoh ayat
Aidi tidak kuat berlari kerana dia gemuk speerti badak.
Halus seperti
kuman
Contoh ayat
Tulisannya tidak dapat dibaca kerana halus seperti kuman.
Harum seperti
bunga
Contoh ayat
Bedak yang dipakai oleh kakak berbau harum seperti bunga.
Hijau speerti
rumput
Contoh ayat
Permaidani di ruang tamu itu hijau seperti rumput.
Hina seperti
kucing kurap
Contoh ayat
Orang ramia memandang pengemis itu hina seperti kucing
kurap.
Hitam seperti
arang
Contoh ayat
Kulitnya hitam seperti arang kerana dia bekerja di tengah
panas setiap hari.
Ikal seperti
mayang
Contoh ayat
Rambut gadis itu ikal seperti mayang.
Jahat seperti
hantu
Contoh ayat
Semua kawan Dolah tidka suka akan perangninya yang jahat
seperti hantu.
Jernih seperti
cermin
Contoh ayat
Kami dapat melihat ikan-ikan berenang di dalam tasik itu
kerana airnya jernih seperti cermin.
Kaku seperti mayat
Contoh ayat
Berita itu memeranjatkan Mak Limah. Secara tiba-tiba
tubuhnya enjadi lemah dan kaku seperti mayat.
Keras seperti batu
Contoh ayat
Buah jambu itu keras seperti batu.
Kuat seperti guruh
Contoh ayat
Bunyi letupan yang kuat seperti guruh itu memeranjatkan
kami.
Kuning seperti
kunyit
Contoh ayat
Warna kain itu kuning seperti kunyit.
Kurus seperti lidi
Contoh ayat
Sejak jatuh skait, badan Kim Leong kurus seperti lidi kerana
dia tidak lalu makan.
Lambat seperti
kura-kura
Contoh ayat
Ramesh sering ditinggalkan oleh kawan-kawannya kerana dia berjalan
lamabt seperti kura-kura.
Lembut seperti
sutera
Contoh ayat
Kain itu lembut seperi sutera.
Lait seperti getah
Contoh ayat
Daging yang belum emouk itu liat seperti getah.
Ligat seperti
gasing
Contoh ayat
Penari-penari itu menari ligat speerti gasing.
Licin seperti
belut
Contoh ayat
Semua orang tkaut melalui titi yang licin seperti belut itu.
Luas seperti
lautan
Contoh ayat
Sawah padi yang luas seperti lautan itu kepunyaan Haji
Embung.
Mahal seperti
berlian
Contoh ayat
Harga pakaian di butik itu mahal seperti berlian.
Malas seperti
keldai
Contoh ayat
Azhar malas seperti keldai. Sebgaai akibatnya dia sering
gagal dalam ujiannya.
Manis seperti
gula/madu
Contoh ayat
Gadis itu tersenyum manis seperti gula/madu.
Masam seperti cuka
Contoh ayat
Mukanay masam seperti cuka sebagai akibat dimarahi oleh
ayahnya.
Masin seperti
garam
Contoh ayat
Rasa gulai itu masin seperti garam.
Merah seperti
darah
Contoh ayat
Suara dibuanita itu merdu bagai buluh perindu.
Pahit seperti
hempedu
Contoh ayat
Ubat kampung itu pahit seperti hempedu.
Panas seperti api
Contoh ayat
Ramesh demam. Badannya panas seperti api.
Pucat seperti
mayat
Contoh ayat
Dia menghidap demam denggi. Mukanya pucak seperti mayat.
Putih seperti
kapas
Contoh ayat
Pakaian pengantin itu putih seperti kapas.
Rajin seperti
semut
Contoh ayat
Kita perlu mencontoh pekerja yang rajin seperti semut itu.
Ringan seperti
kekabu
Contoh ayat
Adik bukan sahaja kurus bahkan rungna seperti kekabu.
Sejuk seperti
salji
Contoh ayat
Suasana di puncka bukit itu sejuk seperti salji.
Sibuk seperti
lebah
Contoh ayat
Maidin tidak jemu-jemu melayan pelanggan yang datang ke
gerainya. Dia sentiasa sibuk seoerti lebah.
Tajam seperti
sembilu
Contoh ayat
Lembing hulubalang itu tajam seperti lembing.
Tinggi seperti
galah
Contoh ayat
Pelancong dari Australia itu tinggi seperti galah.
Zalim seperti
Firaun
Contoh ayat
Raja yang zalim seperti Firaun itu dibenci oleh rakyat.
KATA-KATA KHIDMAT
Bahasa menunjukkan
bangsa
Maksud
Daripada pertuturan seseorang dapat kita ketahui jenis dan
keturunannya.
Contoh ayat:
Bertuturlah dengan sopan santun kerana bahasa menunjkkan
bangsa.
Berkata benarlah
walaupun kebenaran itu menyakitkan
Maksud
Berterus teranglah walaupun kebenaran itu mendatangkan
mudarat kepada diri sendiri ataupun orang lain.
Contoh ayat
Murid itu mengaku bahawa dialah yang memecahkan tingkap itu.
Dia bersedia dihukum kerana baginya berkata benarlah walaupun kebenaran itu
menyakitkan.
Bersatu teguh,
bercerai roboh
Maksud
Kalau kita bersatu padu kita akan menjadi kuat, sebaliknya
kalau kita bercerai-cerai kita akan lemah.
Contoh ayat
“Bermula dari sekarang marilah kita bekerjasama membanteras
jenayah yang semakin berleluasa di tempat ini. Kata orang, bersatu teguh, bercerai
roboh,” kata Encik Amran.
Bersekutu
bertambah mutu
Maksud
Bekerjasama antara satu dengan yang lain dalam melaksanakan
sesuatu yang akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
Contoh ayat
“Kalian harus bantu-membantu antara satu dengna yang lain
untuk mengurus kecai koperasi yang baru dirasmikan pembukaannya ini, kerana
bersekutu bertambah mutu,” kata cikgu Kamaruddin kepada pelajar-pelajar itu.
Bertangguh itu
pencuri masa
Maksud
Melakukan kerja dengna bertangguh akan merugikan diri
sendiri.
Contoh ayat
Nurlia menyiapkan kerja yang disuruh oleh ibunya dengna
segera supaya dia dapat menyiapkan kerja sekolah pula. Dia tidak suka
menangguhkan kerja kerana bertangguh itu pencuri masa.
Biar lambat
asalkan selamat
Maksud
Jangan terburu-buru mengambil tindakan, sebaliknya
merancanglah dengna baik sebelum melasanakan sesuatu.
Contoh ayat
Amin telah merancang perniagaannya itu dengna berhati-hati
sekali sebelum memulakannya. Dia tidka mahu menanggung kerugain seperti dialami
oleh rakannya, Selvam. Baginya biar lambat, asalkan selamat.
Hidup ini suatu
perlumbaan
Maksud
Dalam kehidupan sehari-hari, kita terpaksa menghadapi
pelbgai cabarna dan berlumba-lumba.
Contoh ayat
‘Hidup ini suatu pelrumbaan. Oleh sebab itu, kita harus
bertindak secara bijaksana untuk mencapai kemenangan,” kata Cikgu Hamid kepada
pelajar-pelajarnya.
Hilang bangsa,
lenyaplah bangsa
Maksud
Jika sesuatu bahasa pupus, maka bangsanya akan pupus juga.
Contoh ayat
Bahasa umpama nadi sesuatu bangsa. Jika hilang bahasa,
lenyaplah bangsa. Oleh sebab itu, kita harus mengutamakan dan mencintai bahasa
kita.
Ilmu pelita hidup
Maksud
Ilmu pengetahuan merupakan sinar yang dapat memberikan
panduan kepada kehidupan manusia.
Contoh ayat
Dengan ilmu yang ada padanya, dia berjaya mengatasi setiap masalah
dengan tenang. Benarlah kata orang tua-tua, ilmu pelita hidup.
Kata dikotakan
Maksud
Janji atau kata-kata yang diberikan hendaklah ditunaikan.
Contoh ayat
Walaupun hujan lebat, namun Johan menunaikan janji untuk
pergi menemui Malik kerana baginya kata dikotakan.
Kata-kata lebih
tajam daripada mata pedang
Maksud
Kata-kata yang pedas menyinggung perasaan atau menghiris
perasaan seseorang.
Contoh ayat
Salma menangis apabila Zul menghinanya di hadapan
kawan-kawan. Kata-kata Zul itu lebih tajam daripada mata pedang sehinga
menyayat hati Salma.
Keadilan tidak
mengenal kawan
Maksud
Dalam mengadili sesautu
perkara, kita mesti bersikap adil. Yang bersalah tetap bersalah walaupun
dia rakan karib kita.
Contoh ayat
“Walaupun kamu sahabatku, namun aku terpaksa melaporkan
kesalahan kamu kepada guru disiplin; keadilan tidak mengenal kawan,” kata
Alimin.
Kita harus memberi
dan menerima
Maksud
Kita harus mempunyai sikap bertolak ansur dan bantu-membantu
antara satu dengna yang lain.
Contoh ayat
“Dalam melaksanakan projek ini, kita tidak boleh
mementingkan diri sendiri sahaja. Sebaliknya, kita harus memeberi dan menerima
dalam meneyelesaikan masalah,” kata ketua pengakap itu.
Masa itu emas
Maksud
Masa sangat berharga
Contoh ayat
“Belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan bazirkan masa, kerana
masa itu emas. Gunakanlah masa yang terluang ini untuk mengulang kaji
pelajarna. Lagipun peperiksaan sudah semakin hamper,” kata Abang Halim kepada
Borhan.
Memandu cermat,
jiwa selamat
Maksud
Berhati-hati semasa memadnu kenderaan supaaya berhati-hati
semasa memandu di jalan raya. “Memandu cermat, jiwa selamat,” katanya.
Membaca itu
jambatan ilmu
Maksud
Ilmu pengethauan dapat ditingkatkan melalui pembacaan.
Contoh ayat
Para pelajar digalakkan ke perpustakaan untuk membaca
buku-buku yang bermutu kerana membaca itu jambatan ilmu.
Muafakat itu
berkat
Maksud
Sesuatu kerja yang dilakukan melalui persetujuan bersama
kaan mendatangkan hasil yang baik.
Contoh ayat
Sebelum menjalankan rancangannya hendak memajukan kampung,
penghulu itu berbincang dengan anak buahnya dulu. Dia yakin bahawa muafakat itu
berkat.
Otak yang cerdas
ada pada badan yang sihat
Maksud
Dengan kesihatan yang baik, seseirang itu mampu
mengemukanakan fikiran ayng bernas.
Contoh ayat
Jururawat itu menasihati ibu-ibu supaya memberikan makanan
yang berzat kepada anak-anak mereka kerana otak yang cerdas ada pada badan yang sihat.
Rajin dan usaha
tangga kejayaan
Maksud
Sifat rajin dan bersungguh-sungguh akan menghasilkan
kejayaan.
Contoh ayat
Zainal terus berusaha dan belajar dengan bersungguh-sungguh
untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang kerana dia yakin
bahawa rajin dan usaha tangga kejayaan.
Yang lahir
memperlihatkan yang batin
Maksud
Perbuatan atau kelakuan menunjukkan sifat atau perasaan yang
tersebunyi.
Contoh ayat
Encik Kamarul selalau memberikan batuna kewangan kepada
golongna yang susah. Kami percaya bahawa dia memiliki hati yang mulia kerana
yang lahir itu memperlihatkan yang batin.